Utusan Borneo (Sabah)

Saau Kakok dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Petros

-

KUCHING: Bekas naib presiden projek khas untuk Asia di sebuah syarikat minyak berpangkal­an di Amerika Syarikat, Saau Kakok dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Saau,64,berbangsaB­idayuh, mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti penerokaan huluan industri minyak dan gas di seluruh dunia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mengumumka­n perkara itu berkata, Petros bernasib baik kerana ada individu berpengala­man serta berbakat seperti Saau.

“Saya dengan ini gembira memperkena­lkan bahawa Saau Kakok secara rasminya merupakan CEO baharu Petros.

“Beliau (Saau) menghabisk­an hampir 40 tahun kerjayanya dalam industri minyak dan gas. Saya yakin Saau adalah individu tepat untuk memimpin Petros ke hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap menyempurn­akan pelancaran Petros yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Petros, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo serta menterimen­teri Kabinet lain di sini, malam Selasa.

Abang Johari berkata, beliau yakin pengalaman Saau juga akan menambah nilai kerjaya anak muda berbakat di Sarawak, selain menjadikan Petros sebagai landasan terbaik untuk bekerja.

Katanya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, rakyat Sarawak mempunyai bakat yang baik dengan pengalaman serta kepakaran dalam industri minyak dan gas.

“Penglibata­n mereka akan terus ditingkatk­an dengan penyertaan dalam kontrak dan perkhidmat­an yang ditawarkan oleh Petros.

“Kerajaan negeri akan mengeluark­an garis panduan kepada Petros untuk memastikan penyertaan lebih besar dan lebih bermakna oleh syarikat Sarawak dalam sektor ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai jawatan dalam Petros katanya, bulan lepas beliau melantik Lembaga Pengarah pertama Petros sementara awal tahun ini, Datin Josephine Hilary Dom dilantik sebagai ahli lembaga tambahan.

Ahli Lembaga Pengarah Petros lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Datuk Mohammad Medan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad Sharbini Suhaili,bekasPenga­rahUrusan Shell Gas Malaysia Heng Hock Cheng dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Datu Zuraimi Sabki.

 ??  ?? ABANG Johari semasa berucap mengumumka­n secara rasminya Saau (gambar) sebagai CEO Petros sempena pelancaran Petros.
ABANG Johari semasa berucap mengumumka­n secara rasminya Saau (gambar) sebagai CEO Petros sempena pelancaran Petros.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia