Utusan Borneo (Sabah)

Pasar basah, pusat penjaja MBKS mampu tarik pelancong

-

KUCHING: Agensi-agensi pelanconga­n di negeri ini disaran agar memasukkan pasar basah dan pusat penjaja disekitarb­andarrayaK­uching dalam pakej pelanconga­n yang ditawarkan kepada pelancong.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata, pasar basah dan pusat penjaja di sini berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n utama khususnya pelancong asing.

“Saya mendengar ramai orang termasuk pelancong asing memberi ulasan yang sangat baik mengenai pasar basah di bawah pentadbira­n MBKS.

“Ada mengatakan ia setanding malah lebih baik daripada pasar basah di negeri lain, saya tidak perlu nyatakanny­a di sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama Jawatankua­sa Perhubunga­n Penjaja MBKS di sini, pada Rabu.

Justeruuja­rnya,pasarbasah harus menjadi sebahagian daripada sektor pelanconga­n di negeri itu.

Chan berkata, MBKS membelanja­kan RM9.6 juta dari 2013 hingga 2017 untuk menaik taraf serta menambah baik kemudahan di pasar basah dan pusat penjaja di bawah pentadbira­nnya.

Katanya, ketika ini terdapat enam pasar basah dan sembilan pusat penjaja di bawah tanggungja­wab MBKS.

Beliau turut meminta penjaja memberi kerjasama baik kepada MBKS terutama dalam aspek kebersihan persekitar­an pasar.

“Kita juga meminta kerjasama daripada penjaja agar menjual barangan yang berkualiti dan jangan menipu pelanggan kerana seorang berbuat demikian ia akan menjejaska­n imej keseluruha­n pasat berkenaan.

“Paling penting aspek kebersihan persekitar­an dan diri mesti dipelihara. Setakat ini saya berpuas hati kerana ia sangat baik,” ujarnya.

 ??  ?? CHAN semasa sesi dialog bersama Jawatankua­sa Perhubunga­n Penjaja MBKS.
CHAN semasa sesi dialog bersama Jawatankua­sa Perhubunga­n Penjaja MBKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia