Utusan Borneo (Sabah)

Musim bubuk di Miri jana pendapatan industri sampingan

-

MIRI: Ketibaan musim bubuk kali ini bukan sahaja membuka lubuk rezeki kepada nelayan tempatan, malah peluang bagi pengusaha lain yang mempunyai kemahiran dalam industri sampingan untuk turut serta menjana pendapatan.

Mereka yang mahir kerja bertukang seperti penjual lesung kayu yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Rahim, 60-an, dari Kampung Batu Satu, Kuala Baram, akan meningkatk­an jualan lesung kayu yang dibuat sendiri.

“Apabila tiba musim bubuk, permintaan terhadap lesung kayu ini bertambah kerana ia merupakan peralatan terbaik untuk‘menutuk’(istilahtem­patan bagi menumbuk) bubuk kering yang akan dijadikan belacan,” katanya.

Lesung dan alu yang diperbuat daripada kayu berkualiti ini dijual pada harga RM100 sepasang di pasar basah Lutong di sini.

Setakat pagi semalam, Pak Rahim mengakui sudah menjual dua pasang lesung kayunya.

“Setiap kali tiba musim bubuk, jualan lesung ini laris macam pisang goreng panas apabila dibeli pembuat belacan tempatan,” jelas nelayan Daud Lamat.

Menurut Daud, penduduk tempatan masih menggunaka­n peralatan tradisi ini untuk menumbuk bubuk kering sebelum dijadikan belacan kerana hasilnya yang lebih berkualiti, selain memelihara rasa belacan itu sendiri.

“Ia adalah salah satu rahsia untuk membuat belacan yang terbaik,” beliau lagi.

Lesung kayu yang dijual Daud dan Pak Rahim ini dibuat dalam pelbagai saiz dan gaya mengikut keperluan pelanggan kerana sesetengah pelanggan mahukan lesung dan alunya berat, namun ada juga yang mahu yang ringan.

Seorang lagi penjual lesung kayu di pasar berkenaan, Sarihat Yahya berkata, meskipun pada zaman moden yang mempunyai pelbagai barang keperluan serba baharu yang boleh dibeli di pasar raya, namun lesung kayu buatan tangan masih menjadi pilihan orang ramai yang sukakan peralatan tradisiona­l.

Oleh sebab itu Sarihat berkata, beliau tidak teragakaga­k membuat lebih banyak lesung kayu semasa musim bubuk kerana sentiasa mendapat permintaan.

Malah menurut beliau, jika dulu penduduk kampung yang memperoleh­i hasil tangkapan bubuk yang banyak akan saling membantu menjemur bubuk dan menumbukny­a beramai-ramai menggunaka­n lesung kayu. “Ketika itu musim bubuk amat meriah dan hasilnya juga amat banyak,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia