Utusan Borneo (Sabah)

Perkasa ekonomi ummah

YaPEIM sedia jalin kerjasama dengan MBR

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedia menjalin kerjasama dengan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) dalam usaha memperkasa ekonomi ummah.

Ketua Pengarah YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya mempunyai tenaga mahir dan kepakaran untuk membantu institusi masjid yang ada perancanga­n mahu membangunk­an ekonomi umat Islam seperti sistem koperasi.

“Ini bertujuan memudahkan jemaah membeli barangan keperluan di kawasan masjid sambil mengerjaka­n ibadah fardu ain dan fardu kifayah.

“Lagipun, tahap ekonomi umat Islam perlu mantap untuk memudahkan mereka menunaikan dan melaksanak­an kerja ibadah yang memerlukan perbelanja­an seperti menunaikan fardu haji,” katanya selepas mengetuai rombongan YaPEIM ke Masjid Bandaraya, di sini.

Sementara itu, Pengerusi MBR Datuk Haji Jamal Tun Haji Sakaran berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang dan kaedah menjana pendapatan selaras dengan konsep membangunk­an ummah melalui masjid.

Katanya langkah itu menepati sunnah Rasulullah SAW yang menjadikan masjid sebagai medan membangunk­an jemaah bukan hanya tertumpu pada tujuan ibadah fizikal dan rohani semata-mata.

“Tahap ekonomi umat Islam perlu mantap untuk memudahkan mereka menunaikan dan melaksanak­an kerja ibadah yang memerlukan perbelanja­an seperti menunaikan fardu haji. DATUK ABIBULLAH SAMSUDIN Ketua Pengarah YaPEIM

 ??  ?? ABIBULLAH dan tetamu kehormat lain mengunjung­i pameran khazanah Islam yang dibuka di MBR.
ABIBULLAH dan tetamu kehormat lain mengunjung­i pameran khazanah Islam yang dibuka di MBR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia