Utusan Borneo (Sabah)

Karnival ‘Tuaran 1Malaysia Youth Cities 2018’ promosi produk pelanconga­n

-

TUARAN: Karnival ‘Tuaran 1Malaysia Youth Cities 2018’ bukti belia mampu mentadbir jika diberi peluang dan bimbingan yang betul untuk mencetuska­n revolusi inovasi.

Penganjura­n karnival selama lebih seminggu itu merupakan kelolaan bersama belia Tuaran dan agensi kerajaan yang turut berjaya mempromosi­kan produk pelanconga­n di daerah berkenaan.

Pengerusi Karnival T1MYC18 Mohammad Ghazali Hajiji berkata pelaksanaa­n karnival merupakan aktiviti julung kalinya diadakan di daerah ini dan lebih membanggak­an belia Tuaran diberi kepercayaa­n bersama pemimpin untuk menjayakan­nya.

“Selaku pengerusi bersama, saya berterima kasih kepada agensi yang membantu menjayakan program ini bersama belia antaranya Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Kementeria­n Sains Teknologi dan Inovasi, Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Tuaran.

“Sesungguhn­ya, kerjasama ini memberi pendedahan dan peluang besar kepada belia di daerah ini untuk belajar mengelolak­an sesuatu program besar bersama agensi kerajaan.

“Ini ialah peluang yang perlu dimanfaatk­an belia di sini selaras dengan tujuan pelaksanaa­n untuk memberi ruang kepada belia mentadbir mengurus program selain dapat memperkuku­hkan perpaduan kalangan belia itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada pelaksanaa­n penganjura­n karnival di daerah berkenaan pada Ahad.

Ghazali berkata, melalui penganjura­n itu belia turut berkesempa­tan bermesra dan mendekati para pemimpin selain mampu menarik penglibata­n belia untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dianjurkan persatuan.

“Berikutan sumbangan belia ini, saya merasa amat gembira dan bangga apabila Tuaran dipilih sebagai Bandar Belia 1Malaysia di negeri ini.

“Pemilihan ini berikutan kejayaan persatuan mewujudkan peluang baharu kepada belia membangun dan menerokai dunia perniagaan selain terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial sebagai usaha membendung aktiviti tidak sihat dalam kalangan belia di sini,” katanya.

Jelasnya, perancanga­n selama lima bulan dengan pelbagai pengisian program dapat membentuk kesatuan belia yang kukuh, bekerjasam­a serta melahirkan belia sihat dan bersatu.

“Berbagai-bagai program diatur dan dianggarka­n pada acara larian belia Tuaran, lebih 2,000 penyertaan diterima dan sepanjang penganjura­n ini turut dianggarka­n seramai 10 ribu pengunjung memeriahka­n program ini.

“Kejayaan ini bukan sahaja baik untuk belia di sini tetapi lebih manis program berkenaan dapatmempr­omosikanpe­lbagai produk pelanconga­n di daerah ini,” katanya.

Sepanjang karnival berkenaan, pelbagai aktiviti berjaya dianjurkan antaranya Pertanding­an Akustik, Pesta Bundle, Food Truck, Dialog TN50, Forum Dakwah belia, Pameran kerjaya dan Pendidikan, Pertanding­an Motor Day, The Strongest Men, Mobile CTC, Bola Keranjang, Auto Show, Tarian Singa dan pelbagai lagi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor Berkata, kejayaan penganjura­n itu bukti bahawa belia mampu mentadbir jika diberikan peluang dan ruang untuk melakukann­ya.

“Sebagai usaha berterusan mengangkat keupayaan dan kemampuan belia di daerah ini mentadbir, kerajaan telah menyediaka­n satu platform untuk meningkatk­an taraf ekonomi belia melalui perwujudan Pusat Ekonomi Sosial Anak Tuaran (Pesat).

“Kerajaan telah mengubah suai empat unit rumah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent Tuaran sebagai Pusat Perniagaan Belia.

“Pusat ini turut diwartakan sebagai kawasan tumpuan kepada para belia untuk memberi fokus kepada aspek perniagaan dan sosial agar belia terus mampu menyumbang kepada peningkata­n ekonomi di daerah ini,” katanya semasa merasmikan karnival berkenaan pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Belia Tuaran, Izman Osman merasa bangga diberi peluang bersama menjayakan program itu yang julung kalinya diadakan di daerah ini.

“Semoga penganjura­n program ini tidak akan berhenti setakat ini, kerana program ini sangat bermanfaat kepada masyarakat Tuaran, khususnya belia.

“Setinggi-tinggi penghargaa­n kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada belia untuk bersamasam­a memajukan daerah ini selain membuka ruang kepada belia meningkatk­an ekonomi melalui perniagaan,” katanya.

Pengunjung, Jamran Setuh berkata karnival itu amat bertepatan sebagai platform dan ruang untuk belia mempelajar­i mengurus dan memahami erti mentadbir.

“Penganjura­n karnival ini berjaya memeriahka­n pekan Tuaran yang selama ini dilihat suram sedangkan banyak produk pelanconga­n yang terdapat di sini.

“Selain itu, program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli pelbagai produk pada harga yang lebih murah dan berpatutan, terima kasih atas pelaksanaa­n program ini,” katanya.

Sementara itu, peniaga belia, Nordin Adis turut meluahkan rasa terima kasih atas penganjura­n itu kerana ia membuka peluang kepadanya sebagai peniaga kecil untuk berniaga selain mempromosi­kan produk jualannya iaitu sayap ayam.

Begitu juga peniaga cermin mata yang ingin dikenali sebagai Ray. “Kami dari daerah Beaufort amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk mengadakan jualan bersama.”

“Saya percaya program ini berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung untuk datang ke Tuaran kesan daripada penganjura­n ini seterusnya dapat menambah pendapatan peniaga seperti kami,” katanya.

 ??  ?? RAY, pemilik cermin mata ketika ditemui di tapak karnival.
RAY, pemilik cermin mata ketika ditemui di tapak karnival.
 ??  ?? GHAZALI (kanan) berkata kerjasama itu memberi pendedahan dan peluang besar kepada belia untuk belajar mengelolak­an program besar bersama agensi kerajaan.
GHAZALI (kanan) berkata kerjasama itu memberi pendedahan dan peluang besar kepada belia untuk belajar mengelolak­an program besar bersama agensi kerajaan.
 ??  ?? NORDIN berterima kasih kerana penganjura­n itu membuka peluang kepada peniaga kecil.
NORDIN berterima kasih kerana penganjura­n itu membuka peluang kepada peniaga kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia