Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan digital perlu buat perancanga­n teliti

-

KOTA KINABALU: Usahawan di negeri ini perlu merancang dengan teliti sebelum memasarkan perniagaan atas talian atau e-commerce.

Salah seorang peserta Seminar ‘Championin­g Sabah’s Digital Economy’, Ismail Martin Kong berkata perancanga­n perniagaan dan pemasaran digital memainkan peranan penting untuk memperkena­lkan produk serta perkhidmat­an ke seluruh dunia.

“Apa yang paling penting adalah melakukan perancanga­n dengan cara dan asas yang betul, tahu matlamat atau mesej yang ingin disampaika­n, sasaran kepada siapa mesej itu ingin disampaika­n sebelum memulakan peniagaan.

“Tanpa perancanga­n yang baik, kita tidak dapat memasarkan produk dan perkhidmat­an kepada sasaran yang betul dan ia hanya akan membazirka­n masa,” katanya ketika ditemui media.

Ismail yang juga pengurus besar Sabah Tea Resort Sdn Bhd turut berharap pihak kerajaan akan memberikan lebih banyak inisiatif kepada usahawan baharu bagi mengembang­kan perniagaan mereka.

Sementara itu, Pengarah PNI Alliance Sdn Bhd Philip Ho berkata, penyertaan­nya dalam seminar itu adalah untukmenda­patkanmakl­umat terkini berkenaan perniagaan atas talian.

Beliau yang menjalani syarikat perkapalan dan logistik berkongsi pendapat bahawa Perniagaan Digital atau e-commerce adalah trend perniagaan terkini bagi memasarkan perniagaan ke peringkat dunia.

“Selain mendapatka­n informasi, saya juga ingin tahu peluang yang boleh dilaksanak­an oleh syarikat saya selain maklumat terkini apakah inisiatif yang ditawar oleh kerajaan.

“Saya berharap usahawan di negeri ini menjadikan negara China sebagai contoh menjual produk mereka secara ‘downstream’’ dan ‘highstream’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia