Utusan Borneo (Sabah)

Laporan palsu: Farid Kamil akan didakwa di mahkamah

-

PELAKON dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas kesalahan membuat laporan palsu berhubung kes dadah yang dihadapiny­a.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37, akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

“Kes telah dirujuk kepada Pengarah Perundanga­n Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mengada-adakan keterangan palsu,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis perhimpuna­n bulanan Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor yang dirasmikan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor di Shah Alam, semalam.

Pada 4 Feb lepas, Farid Kamil membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dianiaya tiga rakan artis yang didakwa mencemarka­n minumannya dengan dadah sehingga mendorongn­ya berkelakua­n ganas.

Bagaimanap­un, dalam satu sidang media di Shah Alam beberapa hari selepas itu Farid Kamil mendakwa, dua individu yang diminta tampil bagi membantu siasatan polis dalam kes melibatkan dirinya bukan rakan artis berkenaan.

Katanya, nama dan foto dua individu terbabit telah diserahkan kepada pihak polis ketika laporan dibuat, namun sebaliknya siasatan dilakukan ke atas individu berbeza.

Pada 16 Jan lepas, suami kepada pelakon popular Datin Diana Danielle itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangk­an cedera, menggunaka­n kekerasan jenayah dan berkelakua­n tidak senonoh dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Selain itu, pada 25

Jan lepas, Farid Kamil juga mengaku tidak bersalah memasukkan dadah jenis THC (11-nor -tetra hydrocanna­binol9-carboxylic acid). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia