Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah terkenal Korea Selatan Kim Ki-duk dituduh merogol

-

SEORANG aktres Korea Selatan menuduh pengarah filem yang pernah memenangi anugerah Kim Ki-duk dan seorang pelakon terkemuka merogolnya, ketika pergerakan #MeToo yang baharu di negara itu semakin mendapat perhatian.

Dakwaan baharu terhadap Kim dibuat selepas kehadirann­ya di Festival filem Berlin pada tahun ini mencetuska­n kontrovers­i selepas dikenakan denda kerana menyerang seorang lagi aktres secara fizikal.

Dalam kes terbaharu, seorang aktres, yang enggan dinamakan, berkata Kim berulang kali cuba memasuki bilik hotelnya ketika mereka membuat penggambar­an bagi sebuah filem di sebuah perkampung­an terpencil beberapa tahun lalu.

“Ia adalah neraka hidup. Kebanyakan malam dia datang ke bilik saya dan memukul pintu atau menelefon saya di bilik berulang kali sehingga saya menjawab,” katanya kepada stesen televisyen MBC di Seoul.

Kim akhirnya memanggiln­ya ke biliknya untuk “membincang­kan satu skrip”, ujarnya. “Kemudian dia merogol saya.”

Bintang lelaki dalam filem itu, Cho Jae-hyun, turut merogolnya, katanya.

Kedua-dua lelaki “berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka merogol aktres dan terdapat rasa persaingan di antara mereka”, katanya dalam satu siasatan yang disiarkan lewat Selasa lepas.

Aktres itu berkata dia berhenti berlakon tidak lama selepas itu dan menjalani terapi selama bertahun-tahun.

Tuduhannya dibuat ketika pergerakan #MeToo semakin mendapat perhatian di Korea Selatan, yang masih konservati­f dan patriarki dalam banyak segi sosial walaupun ia mencapai kemajuan ekonomi dan teknologi.

Pada awal minggu ini, seorang gabenor wilayah yang juga bekas calon presiden meletak jawatan selepas seorang pembantu menuduhnya melakukan beberapa perogolan.

Kim – yang pernah memenangi hadiah di festival-festival filem Berlin, Cannes dan Venice – didenda 5 juta won (RM17,020) oleh pendakwa raya pada tahun lepas kerana menyerang seorang aktres secara fizikal di set penggambar­an.

Mereka menolak tuduhan pencabulan seks kerana kurang bukti tetapi kes itu mencetuska­n kontrovers­i di Berlinale pada tahun ini, yang menjemput Kim walaupun ia menyokong kempen #MeToo menentang pencabulan dan layanan buruk terhadap wanita.

- “Saya seorang berdosa” Kim

memberitah­u televisyen MBC dalam teks pesanan ringkas bahawa dia hanya terlibat dalam “hubungan seksual suka sama suka”.

“Saya tidak pernah cuba memuaskan keinginan sendiri dengan menggunaka­n status saya sebagai seorang pengarah filem,” ujarnya.

Kim sebelum ini pernah menolak tuduhan pencabulan terhadapny­a, dan berkata dia memastikan tidak ada orang yang “menderita” di set penggambar­an filem seninya yang ultra-ganas dengan adegan seks yang ketara.

Cho, yang berlakon dalam banyak filem arahan Kim dan dikenali sebagai “alter ego” Kim, memberitah­u stesen berkenaan bahawa dia akan bercakap mengenai tuduhan itu “apabila siasatan bermula”.

“Saya sedang panik,” katanya.

“Saya seorang berdosa.

Tetapi banyak perkara yang saya lihat dalam berita amat berbeza sekali daripada kebenaran.”

Cho memohon maaf pada bulan lepas setelah dituduh mencabul pelajar dan anggota kru wanita. Dia dipecat dari kolej di mana dia mengajar dan dikeluarka­n dari sebuah penerbitan drama TV.

Seorang lagi aktres yang diwawancar­a oleh MBC pada Selasa lepas berkata Kim berulang kali meminta untuk melihat payu daranya dan badannya dalam keadaan berbogel sewaktu proses uji bakat yang rasa “amat memalukan”.

Ketiga-tiga penuduh Kim terus menyembuny­ikan identiti mereka kerana bimbang akan diaibkan secara terbuka.

Wanita dalam industri filem di Korea Selatan, baik atas skrin mahupun di belakang kamera, menjauhkan diri daripada membuat tuduhan terbuka terhadap kakitangan kanan atau pengarah kerana tidak mahu merosakkan karier mereka buat selamalama­nya. — AFP

 ??  ?? KIM KI-DUK
KIM KI-DUK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia