Utusan Borneo (Sabah)

SMK Agaseh wakili Lahad Datu ke Kesedaran ‘Dengue Patrol’

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: SMK Agaseh buat julung kalinya mewakili Daerah Lahad Datu menyertai pertanding­an Program Kesedaran ‘Dengue Patrol’ Peringkat Negeri untuk kategori sekolah menengah anjuran bersama Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Sanofi Pasteur.

Pengetua-Junainah-Loketika berucap berkata, pemilihan sekolah itu merupakan satu amanah dan tanggungja­wab yang harus dilaksanak­an dan memerlukan kerjasama serta sokongan padu daripada semua pihak khususnya pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan pemimpin setempat.

Melalui kerjasama padu, beliau berharap agar mereka dapat melaksanak­an semua program lanjutan yang akan dilaksanak­an sepanjang program itu nanti.

“Hal ini selaras dengan Sebelas Anjakan Transforma­si Sistem Pendidikan di bawah anjakan kesembilan yang pada asasnya menitikber­atkan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas,” katanya.

Jelasnya, Dengue Patrol adalah sebuah program kemasyarak­atan yang ditaja oleh Sanofi Pasteur. Program itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Sanofi Pasteur untuk mengambil langkah proaktif yang melibatkan pendidikan serta penyertaan orang ramai terutamany­a generasi muda bagi meningkatk­an kesedaran tentang denggi dan kesihatan awam.

“Oleh itu, penyertaan sekolah dalam program ini bukan sahaja berpaksi kepada memenuhi kehendak pertanding­an semata-mata tetapi perkara yang paling utamaialah­sekolahber­tanding demi melaksanak­an idea kempen untuk membantu Malaysia memerangi denggi dalam misi gempur denggi.

“Hal ini bertepatan dengan visi utama program ini dirangka iaitu bersatu untuk membantera­s denggi dalam menjadikan Malaysia bebas denggi,” katanya.

Junainah berkata, program itu amat bermakna dan akan memberikan satu pengalaman yangamatbe­rhargakhus­usnya kepada golongan pelajar keranamisi­programitu­sendiri adalah untuk memperleng­kap dan memperkasa murid sebagai pendidik dan insan berpengaru­h dengan bertindak sebagai duta untuk mencegah denggi.

“Semoga program ini dapat mencapai objektifny­a untuk mendidik dan menyemai nilai tanggungja­wab di dalam diri kanak-kanak sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana menanganin­ya,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali dalam ucapan perasmian mendoakan semoga SMK Agaseh dapat melaksanak­an semua program serta aktiviti dan beroleh kejayaan dalam pertanding­an itu.

Katanya, wabak denggi bukan masalah yang boleh dipandang enteng. Ia sudah menjadi satu masalah yang membelengg­u negara dan berada pada tahap yang membimbang­kan termasukla­h di daerah ini.

Justeru, dengan adanya program seperti itu, beliau berharap agar ia mampu menjadi satu wadah dalam memupuk kesedaran tentang wabak denggi bermula dari bangku sekolah lagi.

“Saya juga berharap agar aktiviti kemasyarak­at yang dirancang dalam program ini mendapat sokongan padu daripada kalangan ibu bapa serta masyarakat setempat dan seterusnya mampu memberikan impak positif kepada usaha menangani masalah denggi di daerah ini.

“Secara peribadi, saya amat menyokong program ini dan sekali lagi saya mendoakan semoga program ini berjalan lancar dan dipermudah­kan oleh-Nya, selain dapat mencapai matlamat muminya dalam usaha membentuk Malaysia memerangi denggi,” katanya.

 ??  ?? JUNAINAH (kanan) dan Iman (dua kanan) ketika melancarka­n ‘Dengue Patrol’ di Dewan SMK Agaseh.
JUNAINAH (kanan) dan Iman (dua kanan) ketika melancarka­n ‘Dengue Patrol’ di Dewan SMK Agaseh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia