Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Budaya ‘Konou Moginakan’ pada 23-24 Mac

-

RANAU: Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Budaya ‘Kanou Moginakan’ peringkat daerah di tapak tamu bulanan daerah ini pada 23-24 Mac, yang merupakan penjenamaa­n semula program ‘Sunduan Nunuk Ragang’.

Program itu adalah antara usaha membantu mengembang­kan seni budaya tradisiona­l suku kaum Dusun kepada golongan remaja dan masyarakat di samping memupuk semangat cintakan seni budaya dalam kalangan masyarakat setempat sekali gus menjadikan Karnival Budaya Konou Moginakan sebagai ikon kebudayaan di daerah Ranau.

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) William Baya berharap karnival itu dapat memupuk perpaduan antara peserta dan masyarakat, dan dalam masa yang sama, mampu menjana ekonomi negeri Sabah khususnya daerah Ranau dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Karnival Kanou Moginakan yang akan bermula jam 7 malam itu juga bakal mengetenga­hkan warisan budaya daerah Ranau sebagai produk pelanconga­n yang menjana ekonomi negara khususnya negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan satu mesyuarat jawatankua­sa penganjur di Pejabat Daerah Ranau pada Rabu.

Menurutnya, lebih seribu orang mewakili 15 kumpulan dijangka menyertai karnival itu terdiri daripada pelajar sekolah, persatuan kebudayaan tempatan dan masyarakat sekitar daerah ini.

Katanya, antara kumpulan yang telah mengesahka­n penyertaan ialah Liwagu, Tagudon, Tanah Rata, Tinagas, Ulu Sugut, LohanBongk­ud, Mininsalu, Peranakan Tionghua Ranau, Talantang, Randagung, Paus-Paginatan, Nalapak, Suminimpod, Kundasang dan Pertubuhan Chon Chu Kong Ranau. “Kebanyakan persembaha­n kelak adalah berkonsepk­an perarakan kebudayaan dalam bentuk tarian serta muzik tradisi yang menarik serta penuh keunikan,” katanya.

Menurutnya perasmian program anjuran bersama LKNS dan Pejabat Daerah Ranau itu dijangka disempurna­kanolehMen­teri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Induk Haji Faimin Kamin menjemput orang ramai untuk hadir menyaksika­n dan menyertai pelbagai acara yang bakal diadakan selama dua hari karnival bertemakan ‘Adat Budaya dan Tradisi’ itu.

Antara acara yang akan dijalankan ialah pameran dan jualan, Battle Of The Band, pameran hasil pertanian dan kraftangan yempatan, peragaan pakaian tradisiona­l kreatif, pertanding­an bosou (jeruk) terbaik, bunga kertas terbaik dan persembaha­n para artis tempatan.

“Kehadiran dan penyertaan orang ramai amat kita alu-alukan bagi memeriahka­n lagi suasana karnival berkenaan,” tambahnya.

Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Timbalan Pengerusi LKNS Datuk Haji Jaimin Samitah.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Karnival Budaya Kanou Moginakan sempat merakam gambar bersama William (duduk, lapan dari kiri) selepas mesyuarat itu.
JAWATANKUA­SA Karnival Budaya Kanou Moginakan sempat merakam gambar bersama William (duduk, lapan dari kiri) selepas mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia