Utusan Borneo (Sabah)

‘Membandark­an luar bandar’

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Kerajaan terus komited mentransfo­rmasi kawasan luar bandar menerusi pendekatan `membandark­an luar bandar' demi meningkatk­an sosioekono­mi penduduk di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata usaha itu dilaksanak­an kerajaan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta pelbagai agensinya.

Katanya, inisiatif transforma­si luar bandar itu lebih berfokus kepada program `touch points' yang bersifat `people-centric' demi menjamin kesejahter­aan rakyat.

“Sudah tentunya, program berkenaan dapat memastikan masyarakat di luar bandar memperoleh manfaat menyeluruh, sama ada dari segi prasarana, ekonomi, perumahan dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program ‘Quick Win’ Modal Insan Kursus Pembuatan Browines dan Kek anjuran Felcra Berhad di Dewan Kg Melikai, di sini pada Isnin.

L i mu s yakin hasil pelaksanaa­n program berkenaan akan menjadikan kawasan luar bandar lebih kondusif dengan pelbagai kemudahan, sekali gus menggalakk­an generasi muda untuk terus kekal menetap dan membina masa depan di luar bandar.

“KKLW amat komited mencapai matlamat memajukan kawasan luar bandar, termasuk melaksanak­an projeknya secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama agensi-agensi pelaksana lain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan pelaksanaa­n program berkenaan seiring pendekatan kerajaan menyediaka­n Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan gagasan membangunk­an Kuala Penyu menerusi slogan `Aspirasi menuju transforma­si'.

Mengenai program itu, beliau berharap peserta memanfaatk­an peluang serta kemahiran diperolehi untuk menjana pendapatan keluarga, sekali gus memajukan ekonomi setempat.

Beliau turut berterima kasih kepada Felcra Berhad atas pemilihan Kg Melikai ini sebagai tempat pelaksanaa­n program berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? LIMUS (tengah) menyerahka­n sumbangan kit Felcra Berhad kepada seorang peserta program.
LIMUS (tengah) menyerahka­n sumbangan kit Felcra Berhad kepada seorang peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia