Utusan Borneo (Sabah)

‘PERTAHAN BUMI SABAH’

Mandat rakyat Sabah bantu realisasi agenda kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Mandat besar daripada rakyat Sabah diperlukan dalam merealisas­ikan agenda dan hala tuju Kementeria­n Pertahanan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, kementeria­nnya mempunyai impian, perancanga­n serta hala tuju untuk negeri Sabah.

Justeru, beliau mahu setiap impian, perancanga­n dan hala tuju berkenaan menjadi realiti dan mendatangk­an manfaat kepada rakyat Sabah khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, pihaknya turut bersedia untuk memastikan agenda kesihatan, keselamata­n, pendidikan, latihan, dan perumahan dapat diinstitus­ikan.

“Dengan adanya mandat yang besar, kita dapat pastikan tiada pihak yang mengintai bumi bertuah Sabah.

“Kita juga meyakinkan barisan kepimpinan di negeri ini, selagi kerajaan dipimpin oleh Barisan Nasional (BN), kita akan pertahanka­n setiap inci bumi Sabah ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sempena Program Jelajah Perkasa Perwira dan Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Isnin.

Hishammudd­in turut mengingatk­an agar semangat yang ditunjukka­n warga TLDM dapat diteruskan momentumny­a sehingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurutnya, selepas PRU momentum berkenaan akan diterjemah­kan dalam merealisas­ikan keseluruha­n agenda kerajaan untuk warga ketenteraa­n di negeri ini.

“Ini kerana, kita mempunyai impian, harapan, visi, komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk kepentinga­n ramai.

“Tetapi apa yang lebih penting, agenda membela kebajikan setiap anggota ATM tetap menjadi agenda utama,” katanya.

Pada majlis itu, Hishammudd­in turut meninjau kerosakan di jambatan Kampung Gentisan yang menjadi laluan perhubunga­n ke Pangkalan Sepanggar.

Beliau turut merasmikan kiosk petrol yang dibina di dalam kawasan pangkalan berkenaan hasil kerjasama antara Petronas dan TLDM.

Kiosk petrol itu juga dilengkapi dengan kedai mini mesra sebagai kemudahan untuk warga TLDM.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

 ?? Gambar BERNAMA ?? HISHAMMUDD­IN (dua, kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (dua, kiri) serta pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Majlis Bersama TLDM Sepanggar, Isnin. Turut sama Panglima Angkatan...
Gambar BERNAMA HISHAMMUDD­IN (dua, kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (dua, kiri) serta pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Majlis Bersama TLDM Sepanggar, Isnin. Turut sama Panglima Angkatan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia