Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto Pakatan Harapan berorentas­i populis: Yahya

- - Bernama

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarka­n barubaru ini lebih bersifat populis bertujuan mengeliruk­an rakyat.

Katanya manifesto itu bukan sahaja tidak logik dan tidak dapat praktikkan tetapi juga akan ditolak oleh rakyat Malaysia yang sememangny­a tahu menilai yang terbaik untuk negara.

“Sebagai contoh, mereka mahu hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST). Ini satu cuba anyang mengeliruk­an rakyat... di mana kita mahu dapat pendapatan besar untuk membantu kita mentadbir negara? Kutipan GST ini kita pulangkan kepada rakyat juga.

“Banyak janji mereka itu dalam manifesto berorentas­ikan populis, cuma buat orang suka (dengar) tetapi tidak dapat dilaksanak­an. Ibarat menjanjika­n madu tetapi beracun… Saya fikir, rakyat tidak semudah itu dikeliruka­n. Rakyat Malaysia rakyat yang bijak, masingmasi­ng ada pengetahua­n untuk mengetahui sama ada sesuatu perkara itu logik atau tidak,” katanya.

Yahya yang juga Setiausaha Perhubunga­n UMNO Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mensejahte­rakan Komuniti Nelayan Daerah Putatan 2018 di sini, Isnin. Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Dr Ahemad Sade.

Katanya ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang tidak akan menjanjika­n apa- apa kepada rakyat jika parti itu tidak mampu laksanakan.

Malah kata Yahya manifesto BN lebih menyeluruh dan spesifik kerana selain mempunyai manifesto nasional, BN juga mempunyai manifesto peringkat negeri, parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Mengenai manifesto BN pada pilihan raya umum ke13, Yahya berkata sebahagian besarnya sudah dilaksanak­an dan sedang dinikmati rakyat manakala yang lain sedang dalam pelaksanaa­n dan akan dilaksanak­an

Sebagai contoh katanya pembinaan infrastruk­tur asas seperti jalan raya termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo, sedang dalam pelaksanaa­n.

Pada majlis itu Yahya menyampaik­an elaun sara hidup kepada lebih 900 nelayan selain turut melancarka­n projek melabuhkan tukun tiruan serta penyerahan bantuan kepada keluarga nelayan yang ditimpa musibah dan bencana alam.

 ??  ?? YAHYA menerima cenderamat­a daripada Ahemad (dua dari kiri) di majlis itu.
YAHYA menerima cenderamat­a daripada Ahemad (dua dari kiri) di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia