Utusan Borneo (Sabah)

Raime sokong pendirian Anifah

Berhubung tuntutan kembalikan hak keistimewa­an Sabah

- Oleh DELLROY

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi menyokong penuh kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mahu hak keistimewa­an Sabah dikembalik­an seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, beliau (Anifah) bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan sebuah Jawatankua­sa Teknikal Penurunan Kuasa yang terletak di bawah Kabinet Persekutua­n.

“Jawatankua­sa ini turut dipengerus­ikan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (dari Sarawak) untuk menuntut segala hak seperti dilakukan Sarawak hingga berjaya mengendali hasil minyak dan gas sendiri menerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“Pendekatan seperti konsultasi dialog perbincang­an secara baik yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu amat bertepatan dan saya yakin rakyat Sabah bakal menerima ‘khabar gembira’ daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat terutama berhubung tuntutan hak dalam MA63,” katanya mengulas lanjut kenyataan Anifah baru-baru ini berhubung ketegasann­ya terhadap hak-hak rakyat negeri ini dalam MA63 seperti yang dijanjikan.

Terdahulu, dalam satu kenyataan akhbar Menteri Luar dipetik sebagai berkata, “Oleh kerana ini adalah janji Perdana Menteri, saya katakan saya yakin kepada Allah SWT, saya percaya kepada beliau, jadi mereka (pembangkan­g) mengatakan kalau Najib tidak tunaikan janji apa yang hendak saya buat, saya kata saya tidak mahu tunggu pun sehari dalam Umno.”

Mengulas lanjut, Raime berkata ketegasan Menteri Luar itu menunjukka­n kesungguha­nnya untuk menuntut segala hak Sabah seperti dilakukan Sarawak serta membuktika­n kesungguha­n Perdana Menteri menunaikan janjinya untuk mengembali­kan hak keistimewa­an Sabah.

“Inilah hasrat kita dan rakyat Sabah yang mahu melihat pemimpin Sabah memperjuan­g hak rakyat Sabah tidak seperti pembangkan­g yang suka

“Inilah hasrat kita dan rakyat Sabah yang mahu melihat pemimpin Sabah memperjuan­g hak rakyat Sabah tidak seperti pembangkan­g yang suka menabur fitnah dan memanipula­si usaha pihak kerajaan dalam memastikan hak rakyat ” Sabah terbela. DATUK RAIME UNGGI Ahli Parlimen Tenom

menabur fitnah dan memanipula­si usaha pihak kerajaan dalam memastikan hak rakyat Sabah terbela,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, Mesyuarat hak negeri Sabah dan Peguam Negara Mohd Apandi Ali telah mengadakan pertemuan serta perbincang­an berhubung pengembali­an hak Sabah.

Dalam mesyuarat itu, Apandi mendedahka­n bahawa Sabah mempunyai hak dalam Artikel 112D, yang menyatakan negeri itu mempunyai hak untuk menuntut 40 peratus daripada keuntungan pendapatan bersih yang dikutip Kerajaan Persekutua­an untuk setiap lima tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia