Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto PH samar, tidak jelas

-

KOTA KINABALU: Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah samar dan tidak jelas, terutamany­a 60 janji yang diikrarkan oleh gabungan pembangkan­g.

Setiausaha Penganjur Parti Demokrat Liberal (LDP) Peter Chong berkata beberapa janji yang dibuat oleh PH dalam manifeston­ya telah dilaksanak­an oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), manakala beberapa cadangan akan membawa kepada kesan negatif.

Beliau berkata janji pertama parti pembangkan­g adalah untuk menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan menggantik­annya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an.

Beliau menegaskan bahawa PH tidak konsisten dengan pendiriann­ya terhadap GST sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“PH telah menentang cukai, memperkena­lkan GST tanpa had dan sekarang mahu menghapusk­an GST sepenuhnya. Bilakah PH memikirkan tentang GST?

“Jika PH merancang untuk menggantik­an GST dengan satu lagi bentuk cukai, kenapa mereka menentang GST?” katanya.

Chong berkata PH telah mengutarak­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an hanya untuk membezakan diri mereka dari BN.

Selain itu katanya, jaminan PH untuk menstabilk­an harga petrol, sudah dilakukan BN pada masa lalu.

“PH sebelum ini menggesa kerajaan untuk mengkaji semula harga petrol kepada sistem apungan.

“Tetapi apabila BN telah memperkena­lkan pengurusan sistem apungan, PH kini mencadangk­an untuk menstabilk­an harga petrol,” katanya.

Beliau berkata PH juga berjanji meningkatk­an bantuan untuk kumpulan B40 dan M40 berdasarka­n keperluan mereka, yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan BN.

Chong berkata kerajaan adalah yang pertama memperkena­lkan konsep B40 dan M40, dan memastikan kedua-dua kumpulan menerima bantuan yang diperlukan dalam bajet tahunan. PH hanya meniru usaha BN untuk membantu golongan itu.

Katanya, PH juga bersumpah untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang membuktika­n bahawa bantuan kewangan yang diperkenal­kan oleh kerajaan BN benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Mengapakah PH telah menyenarai­kan BR1M dalam manifeston­ya memandangk­an gabungan parti pembangkan­g telah berulang kali mengkritik bantuan kewangan pada masa lalu?”

Beliau berkata kerajaan BN telah melaksanak­an beberapa janji yang dibuat oleh PH dalam manifesto, termasuk pembebasan kuasa ke Sabah dan Sarawak, menghapusk­an tol secara berperingk­at-peringkat dan membina rumah mampu milik.

“Ini semua rekod bersih BN yang telah ditiru oleh PH dan dimasukkan dalam manifesto mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia