Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan lulus cadangan

Bina perumahan dalam kawasan pangkalan TLDM

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan meluluskan cadangan pembinaan unit perumahan di dalam kawasan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar di sini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, kelulusan berkenaan bagi memenuhi keperluan kemudahan perumahan anggota TLDM di pangkalan berkenaan.

Menurutnya, usaha itu termasuk dalam agenda perumahan Kementeria­n Pertahanan yang akan dilaksanak­an untuk kemudahan warga TLDM.

“Pangkalan Sepanggar adalah pangkalan yang ikonik kerana di sini kita ada kemudahan sekolah, hospital serta Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama).

“Justeru, agenda perumahan ini saya akan lancarkan dalam tempoh satu...dua minggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Perkasa Perwira dan Ramah Mesra Bersama Warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di sini pada Isnin.

Hishammudd­in berkata, sekolah dan hospital di Pangkalan Sepanggar antara kemudahan yang dikenal pasti untuk dinaiktara­f sebagaiman­a yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Dalam pada itu katanya, peruntukan berjumlah RM5 juta turut disediakan bagi membantu membaikpul­ih rumah yang terjejas akibat gegaran gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, sekurang-kurangnya sebanyak 1,700 unit perumahan pelbagai kelas diperlukan di pangkalan berkenaan bagi menampung kekurangan sedia ada.

Menurutnya, TLDM

“Pangkalan Sepanggar adalah pangkalan yang ikonik kerana di sini kita ada kemudahan sekolah, hospital serta Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama). Justeru, agenda perumahan ini saya akan lancarkan dalam ” tempoh satu...dua minggu ini. DATUK SERI HISHAMMUDD­IN HUSSEIN Menteri Pertahanan

mempunyai kawasan tanah untuk pembinaan rumah anggota di Kampung LayaLaya Tuaran.

Bagaimanap­un jelasnya, jarak kawasan tanah terbabit terlalu jauh iaitu 30 kilometer dari Pangkalan Sepanggar.

Sehubungan itu katanya, pembinaan perumahan di dalam kawasan pangkalan mampu menampung keperluan para anggota dan pegawai TLDM di sini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

 ?? GambarBERN­AMA ?? HISHAMMUDD­IN (tiga, kiri) menyerahka­n kunci rumah kepada Muhammad Suffian Ishak, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar yang mendapat rumah di KD Selanggor pada Majlis Bersama TLDM Sepanggar pada Isnin.-
GambarBERN­AMA HISHAMMUDD­IN (tiga, kiri) menyerahka­n kunci rumah kepada Muhammad Suffian Ishak, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar yang mendapat rumah di KD Selanggor pada Majlis Bersama TLDM Sepanggar pada Isnin.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia