Utusan Borneo (Sabah)

Demonstras­i kesiagaan imbau kenangan 20 tahun berkhidmat

-

KOTA BELUD: Menyaksika­n Demonstras­i Kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuatkan mantan Pegawai Waran 2 (PW2/ B) Anggun Sugad, 77, terimbau kenangan 20 tahun perkhidmat­annya di Dua Renjer, Enam Renjer dan 507 dalam Tentera Darat.

“Semangat berjuang masih membara, teruja dan gembira apabila melihat pameran serta demonstras­i yang diadakan ini.

“Antara aksi yang paling diingati adalah semasa melihat aksi anggota turun dari payung terjun, rasa berdebar-debar macam saya sendiri pula yang sedang beraksi,” katanya.

Kenyataann­ya disokong anaknya, Lucilla Anggun, 48, guru di SK Tempasuk II yang kebetulan membawa para pelajarnya sambil disertai lebih 20 ahli keluarga berkunjung ke lokasi demonstras­i berkenaan.

“Bapa saya adalah anggota yang pertama menyertai Dua Ranjer atau Sabah Ranjer iaitu pasukan tentera pertama di Sabah.

“Sepanjang berkhidmat sebagai anggota tentera, bapa pernah terlibat di barisan hadapan dalam Operasi Indonesia yang menghalang pembentuka­n Malaysia, bertugas semasa percubaan pihak Filipina semasa ada cubaan mengambil alih Sabah dan juga memerangi komunis di sempadan Thailand di Semenanjun­g dan Sarawak.

“Selain itu, saya juga datang bersama para pelajar yang begitu teruja melihat demostrasi sejak majlis raptai lagi. Malah, ada pelajar saya yang ingin menjadi anggota tentera udara,” katanya.

Berbeza dengan isteri salah seorang anggota tentera darat, Veronica Daruan, 35, yang juga ibu kepada empat anak menyatakan dia sangat teruja bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

“Selain melihat pameran dan demonstras­i, berjumpa dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein meninggalk­an kenangan manis kepada saya.

“Syukur, saya sempat berswafoto dengan beliau dan dia juga memberi kata semangat kepada kami daripada golongan isteri dan anak-anak anggota tentera,” katanya.

 ??  ?? LUCILLA
LUCILLA
 ??  ?? ANGGUN
ANGGUN
 ??  ?? VERONICA (kanan) bersama anak-anaknya.
VERONICA (kanan) bersama anak-anaknya.
 ??  ?? PERTUNJUKA­N aset udara TUDM.
PERTUNJUKA­N aset udara TUDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia