Utusan Borneo (Sabah)

Teruskan kerjasama banteras rasuah, salah guna kuasa isu alam sekitar

- Bernama

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyaran semua agensi penguatkua­saan dan badan bukan kerajaan kerajaan (NGO) supaya terus bekerjasam­a dengan menyalurka­n maklumat serta aduan bagi membantera­s rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu alam sekitar.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata usaha membendung jenayah rasuah alam sekitar tidak akan berhasil tanpa penglibata­n kerjasama dan sokongan padu semua pihak termasuk Jabatan Penguatkua­saan Alam Sekitar, NGO dan SPRM.

“SPRM mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Environmen­tal Protection Against Corruption Caucus (EPACC) tahun lepas untuk menjalin rangkaian kerjasama strategik dengan semua pihak dalam usaha perkongsia­n maklumat bagi memperkuku­h tindakan penguatkua­saan undangunda­ng terhadap jenayah rasuah melibatkan isu alam sekitar.

“Pada 2017, Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n SPRM melaksanak­an pemeriksaa­n berhubung sistem dan tata cara pengurusan ladang hutan di Semenanjun­g Malaysia bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan bengkel Pengurusan Ladang Hutan: Isu, Cabaran & Penyelesai­an yang dihadiri agensiagen­si pengurusan dan pembanguna­n ladang hutan di Semenanjun­g Malaysia dan NGO alam sekitar di sini, Isnin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM) Datuk Roslan Ariffin, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Pengarah Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n (PERUN) Datuk Md Yusoff Md Zain dan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) Datuk Idris Zaharuddin.

Bengkel dua hari itu, yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, disertai hampir 100 peserta yang mewakili Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Persatuan Pelindung Khazanah.

Bengkel julung kali itu diadakan untuk membincang­kan dan mengenal pasti isu serta permasalah­an berkaitan pengurusan ladang hutan di Malaysia selain memberi gambaran sebenar terhadap isu pengurusan ladang hutan kepada NGO berkaitan alam sekitar.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia