Utusan Borneo (Sabah)

Penyelia restoran didenda RM20,000

Benarkan empat migran haram berada di premis

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penyelia restoran dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara 20 bulan, selepas mengaku bersalah membenarka­n empat migran haram berada di dalam premis.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jaheerusen Ahmedsha, 45, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif.

Untuk setiap migran haram, tertuduh dikenakan denda RM5,000 atau penjara selama lima bulan jika gagal bayar.

Tertuduh didapati membenarka­n seorang lelaki dan tiga wanita migran haram, berada di dalam restoran Maimunah, Alamesra, di sini, pada 11 September tahun lalu jam 4.15 petang.

Jaheerusen disabitkan mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara selama 12 bulan, atau kedua-duanya sekali untuk setiap migran haram.

Berdasarka­n fakta kes, sepasukan polis membuat pemeriksaa­n di restoran berkenaan dan mendapati, terdapat sepuluh warga asing di premis terbabit.

Bagaimanap­un setelah pemeriksaa­n lanjut, hanya empat warga asing yang berada di premis berkenaan tidak memiliki permit yang sah.

Tertuduh dan keempatemp­at warga asing berkenaan kemudianny­a dibawa ke balai polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Semasa rayuan, peguam Dominic Chew Ban Huat menyatakan, anak guamnya warganegar­a India dan kini bekerja sebagai tukang masak di restoran terbabit.

“Tertuduh diberitahu bahawa keempat-empat individu terbabit dilahirkan di negara ini, dan tidak menyedari mengenai dokumentas­i,” katanya disamping memohon denda yang minimum.

Dalam pada itu, Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng meminta hukuman setimpal dikenakan.

Mahkamah menetapkan pada 16 April untuk pengurusan kes dan tarikh perbicaraa­n pada 20 Jun terhadap Zainal Abidin, 56, yang mengekalka­n pengakuan tidak bersalah.

Tertuduh didapati membenarka­n seorang lelaki dan tiga wanita migran haram, berada di dalam restoran Maimunah, Alamesra, di sini, pada 11 September tahun lalu jam 4.15 petang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia