Utusan Borneo (Sabah)

Yahya rasmi Majlis Mensejahte­rakan Komuniti Nelayan

-

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Majlis Mensejahte­rakan Komuniti Nelayan Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan pada Isnin.

Sempena majlis itu, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan turut menyerahka­n gimik turun tiruan kepada pengerusi JKKK Pasir Putih Putatan.

Katanya, sebanyak 20 unit tukun tiruan akan dilabuhkan di kawasan perairan Putatan pada hari ini, manakala aktiviti melabuh tukun tiruan di empat lagi daerah di Sabah telah diadakan pada Ahad.

“Aktiviti melabuh tukun tiruan telah bermula di Kampung Shahbandar, Tuaran dan pada hari ini di Kampung Pantai Emas, Kota Belud. Kampung Pasir Putih, Putatan juga mendapat tambahan tukun tiruan yang dijangka akan dilabuhkan esok dan seterusnya di kampung Sangkabok, Kuala Penyu dan Kampung Kuala Mengalong, Sipitang.

“Pada bulan Oktober tahun ini sahaja, sebanyak lima kawasan lagi akan dilabuhkan tukun tiruan. Sehingga tahun ini, sebanyak 1,029 unit tukun tiruan konkrit dilabuhkan di seluruh perairan Negeri Sabah yang melibatkan 120 kampung nelayan dengan nilai lebih RM12 juta,” katanya.

Mengenai Elaun Sara Hidup Nelayan, Yahya berkata ia telah diperkenal­kan pada Jun 2008. Skim bayaran bulanan sara hidup nelayan itu adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu meringanka­n beban golongan nelayan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga bahan bakar secara global. Ia juga merupakan insentif kepada sektor industri perikanan supaya kekal berdaya maju.

Katanya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertanggun­gjawab dalam mengagihka­n Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM300 seorang setiap bulan kepada 17,374 nelayan di Negeri Sabah setiap tahun.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban perbelanja­an mereka. Kerajaan melalui LKIM telah membelanja­kan sebanyak RM 62,546,400 bagi tujuan ini dalam masa setahun sahaja,” katanya.

Yahya turut menyerahka­n Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (LKIM) kepada penerima yang layak di majlis itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Perikanan Negeri Dr Ahemad Sade, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kota Kinabalu Datuk Haji Arsit Sedi dan Penolong Pegawai Daerah Putatan Hassan Mahali.

 ??  ?? YAHYA menyerahka­n gimik tukun tiruan kepada Pengerusi JKKK Pasir Putih Sabdin sambil diperhatik­an oleh Dr Ahemad (dua dari kiri), Hassan (kiri) dan Arsit (empat dari kiri).
YAHYA menyerahka­n gimik tukun tiruan kepada Pengerusi JKKK Pasir Putih Sabdin sambil diperhatik­an oleh Dr Ahemad (dua dari kiri), Hassan (kiri) dan Arsit (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia