ATM pertahan kedaulatan Siap siaga berdepan sebarang ancaman
KOTA BELUD: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) siap siaga berdepan apa juga bentuk ancaman keselamatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau yang ditemui pada sesi demonstrasi pasukan keselamatan di sini berkata, selain aset ATM yang berada dalam keadaan siap siagaan, moral anggota ATM juga berada pada paras prestasi
Menteri Pertahanan
tinggi.
“Demonstrasi ini melibatkan sebahagian aset ATM milik Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditempatkan di negeri ini.
“Demonstrasi keupayaan ATM ini membuktikan
“Demonstrasi keupayaan ATM ini membuktikan tahap keupayaan dan kesiagaan aset-aset ATM dalam melaksanakan misi serta mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
tahap keupayaan dan kesiagaan aset-aset ATM dalam melaksanakan misi serta mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara,” jelasnya.
Demonstrasi keupayaan itu melibatkan aset setiap perkhidmatan ATM antaranya helikopter Agusta, Fennec EC725, Nuri serta pesawat pejuang FA-18D Hornet dan Hawk, pesawat pengangkut C-130, kenderaan Gempita, perisai Lipan Bara dan anggota Briged Para, Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan Pasukan Khas Laut (PASKAL).
Selain itu, ATM turut mengadakan pameran statik dan aset di lokasi demonstrasi bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
Hampir 5,000 penduduk memenuhi Lapangan Udara Kota Belud bagi menyaksikan Demonstrasi Kesiagaan ATM dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Turut hadir di program berkenaan adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak.