Utusan Borneo (Sabah)

Hak umat Kristian dilindungi

Jaminan BN sebagaiman­a termaktub dalam MA63

- Oleh JOHN TAMBANAN

RANAU: Rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang agama di Sabah telah lama mengakui keunikan setiap kepercayaa­n yang telah menyumbang kepada keharmonia­n kaum dan agama di Sabah.

Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, untuk mencapai tujuan itu, umat Kristian diberi jaminan bahawa semua hak mereka seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilindungi dengan baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerajaan yang merasai nadi akar umbi termasuk kebimbanga­n rakyat Sabah mengenai hak mereka di

Pemangku Presiden Upko

dalam MA63.

Katanya, ia digambarka­n pada banyak kesempatan ketika Najib memberikan jaminan bahawa beliau bersama rakyat Sabah dalam menjaga hak mereka.

“Perdana Menteri telah berkata tidak sekali atau dua kali tetapi begitu banyak kali bahawa apa pun di MA63 yang telah diambil daripada Sabah sebelum ini, kerajaan sekarang akan memberikan­nya kembali,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berucap pada majlis pecah tanah blok baharu akademik Borneo Theologica­l Seminary (BTS) di bawah Fasa 2A di Namaus, Bongkud di sini pada Sabtu, Madius berkata pemimpin agama terutamany­a dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) seharusnya tidak terlalu bimbang tentang hak mereka.

“Persoalan kebebasan dalam agama tidak seharusnya timbul kerana ia ditetapkan dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya ketika berucap di Dewan Asang Trevor White MTS.

Lagi pun katanya, Upko tidak pernah gagal membangkit­kan kebimbanga­n dan berjuang apabila ada masalah yang mempengaru­hi umat Kristian.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata BTS mungkin diletakkan di kawasan pilihan raya lain tetapi beliau sentiasa mendengar pendapat pemimpin gereja SIB.

Menurutnya, beliau juga pernah berkomunik­asi dengan Presiden SIB Sabah Rev Jerry Dusing, membincang­kan cara untuk membantu jemaah SIB di Sabah.

Antara hasil pertemuan antara mereka ialah pembinaan blok akademi baharu untuk BTS.

Madius juga memuji gereja SIB atas usaha berterusan­nya dalam membantu kerajaan mewujudkan pemuda dengan latar belakang agama yang kuat, kriteria penting untuk pemimpin masa depan negara.

Selepas itu, beliau diiringi oleh Jerry untuk mengadakan majlis pecah tanah di tapak itu sebelum melawat seminari.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Upko Georgina George, Pengeusi Biro Keharmonia­n Kaum dan Agama Upko Sualim Gopog dan pemimpin kanan gereja SIB Sabah.

“Perdana Menteri telah berkata tidak sekali atau dua kali tetapi begitu banyak kali bahawa apa pun di MA63 yang telah diambil daripada Sabah sebelum ini, kerajaan sekarang akan ” memberikan­nya kembali. DATUK SERI WILFRED MADIUS TANGAU

 ??  ?? MADIUS dan Jerry (kiri kedua) melawat Perpustaka­an BTS.
MADIUS dan Jerry (kiri kedua) melawat Perpustaka­an BTS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia