Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan SMK Labuan membanggak­an, kata Rozman

-

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli mengucapka­n tahniah atas pelbagai kejayaan yang dicapai oleh SMK Labuan, terutama kejayaan melonjakka­n nama Labuan dalam pencapaian STPM 2017.

Katanya, kejayaan yang membanggak­an itu adalah hasil daripada kegigihan dan komitmen guru-guru mendidik pelajar secara ikhlas dan konsisten.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada ibu bapa yang menyokong sekolah dengan kehadiran yang sangat menggalakk­an.

Katanya, kerjasama ibu bapa sangat penting untuk memudahkan pihak sekolah memberi pendidikan sewajarnya kepada anak-anak mereka.

“Jadi, cabaran utama bagi sistem pendidikan negara kita pada masa akan datang adalah untuk menghasilk­an sumber manusia yang berkualiti untuk membangunk­an daya saing di peringkat global. Kita memerlukan sumber manusia yang mampu bersaing dalam senario ekonomi dunia berasaskan pengetahua­n.

“Kita memerlukan generasi terpelajar yang bukan sahaja menguasai ilmu dan berkemahir­an tinggi malahan memiliki dan mengamalka­n sikap dan nilai-nilai positif untuk memajukan diri serta memakmurka­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Labuan Kali Ke-20 Tahun 2018 di Dewan Mutiara SMK Labuan pada Sabtu.

Turut hadir, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah, Yang Dipertua PIBG Haji Md Yusof Haji Chuchu, PK Pentadbira­n Zalina Zunkepely, PK HEM Ustazah Marziawati Mardan, Cheah Teong Aik (PK Kokurikulu­m) dan Saminan Sabtu (PK Pra Universiti) serta 408 ibu bapa.

Turut diadakan Taklimat Kepengguna­an KPDNKK oleh Pengarah KPDNKK WP Labuan Arun Fazhillah Hamdan dan taklimat tentang talasemia oleh Dr Tengku Intan Najwa Tengku Azmi (Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Labuan).

Dalam ucapannya, Yusof berkata banyak kecemerlan­gan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulu­m.

Katanya, kejayaan dan kecemerlan­gan itu menggambar­kan kejayaan usaha guru-guru di SMK Labuan yang tidak pernah berasa putus asa dalam mendidik anak-anak.

Sementara itu, Ismail berkata kejayaan terbesar yang dicapai SMK Labuan ialah pencapaian cemerlang STPM 2017.

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) telah meningkat kepada 2.72 berbanding 2.54 pada tahun 2016.

Bilangan pelajar yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga telah meningkat kepada 44 orang (36%) berbanding 31 orang (25%) pada tahun 2016.

Kedudukan WP Labuan di peringkat kebangsaan juga telah melonjak ke kedudukan ke-9 berbanding ke-16 pada tahun 2016.

Pada majlis itu, Rozman mengumumka­n sumbangan sebanyak RM2,000 kepada PIBG untuk urusan pentadbira­n.

Sementara itu, Haji Md Yusof Haji Chuchu dan Haji Hussin Salleh masing-masing telah dilantik semula sebagai Yang Dipertua PIBG dan Timbalan YDP PIBG bagi sesi 2018-2020.

Jawatan Setiausaha disandang Nor Shasiah Otiman manakala Penolong Setiausaha Rosnanih Amat. Lui Teck Hui dan Nurul Nazihah Sia Abdullah masing-masing dilantik sebagai Bendahari dan Penolong Bendahari. AJK Ibu Bapa dimenangi Selmah Jumaan dan Mohd Nordin Ahmad.

Lima guru dilantik sebagai AJK Guru iaitu Arif Amir Muhamad, Marianah Moktar, Rohati Lusim, Wong Kam Kin dan Sulakshna a/p Raju.

 ??  ?? ROZMAN (tengah) menerima cenderamat­a daripada Ismail sambil diperhatik­an Yusof (kanan).
ROZMAN (tengah) menerima cenderamat­a daripada Ismail sambil diperhatik­an Yusof (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia