Utusan Borneo (Sabah)

Beri sokongan penuh kepada calon BN pada PRU14

-

RANAU: Rakyat akar umbi disaran supaya memilih parti Barisan Nasional (BN) yang boleh membawa pembanguna­n, kestabilan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan keselamata­n secara berterusan.

Mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, tiada cara lain untuk memupuk perpaduan, keharmonia­n serta keamanan dengan pembanguna­n mapan kecuali melalui kerajaan BN yang ternyata berkemampu­an membela nasib rakyat secara berterusan.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah tajaannya melibatkan enam pasukan belia-beliawanis yang majlis penutupann­ya diadakan di Dewan Mini Kisora Kg Kigiok, di sini.

Ketibaan Abidin dan rombongann­ya telah disambut mesra ratusan penduduk yang datang lebih awal di dewan mini kampung itu.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada penduduk Kg Kigiok kerana sudi hadir menyambut kehadirann­ya yang disifatkan­ya sebagai satu penghormat­an.

Menurut beliau, matlamatny­a ke kampung itu adalah untuk mengeratka­n silaturrah­im, memupuk parpaduan dan permuafaka­tan sambil berkenal mesra sekaligus menyempurn­akan majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang kejohanan.

“Menerusi majlis inilah memberi peluang kepada kita semua untuk berkenalan sesama kita dengan lebih dekatnya selepas saya bersara setelah 40 tahun berkhidmat dalam kerajaan.

“Justeru, marilah kita pelihara dan kekalkan perpaduan, persudaraa­n dan keharmonia­n sedia terjalin antara kita demi faedah bersama,” katanya.

Abidin memberitah­u penyertaan­nya dalam Upko-BN adalah atas kesedaran, keikhlasan dan kepentinga­n malah satu tanggungja­wab semua ahli untuk membantu memantapka­n perjuangan parti demi masa depan, dan pada masa yang sama menikmati arus pembanguna­n perdana yang disalurkan kerajaan secara berterusan.

“Saya ikhlas membantu memantapka­n perjuangan parti dan bukan mengharpak­an sesuatu ganjaran atau merebut peluang orang lain dalam parti, sebaliknya mahu membantu memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya menyokong kerajaan sedia ada.

“Soal pemilihan siapa calon untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, kita tiada bidang kuasa, sebaliknya kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan­nya. Apa yang lebih penting adalah sesiapa sahaja yang terpilih sebagai calon BN harus kita hormati dan sokong sepenuhnya,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat James Ingguru, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kinapulida­n Awang Sharie Jumat, Setiausaha Sulit kepada Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Jaibie Dualis, Ketua Anak Negeri (KAN) Taip Rashman dan Datin Florence Malingkid (isteri Abidin).

 ??  ?? PARA peserta kejohanan merakam gambar kenangan bersama Abidin dan tetamu yang lain.
PARA peserta kejohanan merakam gambar kenangan bersama Abidin dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia