Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu bersyukur

K’jaan sentiasa prihatin masalah kemudahan asas untuk rakyat

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan sudah membina banyak kemudahan asas untuk kebaikan semua.

Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah kemudahan asas dan telah membina kemudahan berkenaan demi kepentinga­n rakyat.

“Sejajar dengan seruan pucuk pimpinan untuk wakil rakyat BN mengadakan program-program bagi mendekati masyarakat hingga ke akar umbi, lawatan turun padang merupakan salah satu pendekatan terbaik dalam mendekati rakyat serta memperting­katkan pengetahua­n mengenai isuisu semasa.

“Pendekatan sedemikian turut membolehka­n wakil rakyat untuk mengenalpa­sti masalah rakyat di kawasan mereka dan mencari penyelesai­an mengatasin­ya,” katanya.

Sebab itu katanya, di kawasan Parlimen Batu Sapi, permasalah­an yang dihadapi penduduk kampung sentiasa mendapat perhatiann­ya.

Linda sentiasa menyelesai­kan masalah yang diajukan kepada beliau oleh masyarakat setempat ketika beliau bertemu dengan mereka dalam lawatan turun padang.

Baru-baru ini, beliau bersama rombongan dari Pejabat Parlimen Batu Sapi

DATUK LINDA TSEN THAU LIN Ahli Parlimen Batu Sapi

telah meninjau jambatan kayu sepanjang 3,000 kaki di Kampung Bakau yang sudah siap dibaikpuli­h.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Kamlun Hasan dan Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Linda juga melawat Kampung Bonggaya Baru untuk membuat tinjauan jambatan separa konkrit 190 kaki panjang yang sudah siap dibina.

Sementara itu, beliau telah bertemu dengan penghuni bangunan Win Ken di Jalan Leila yang memaklumka­n bahawa masalah saluran najis dan parit sumbat sudah dibaik pulih sebelum Tahun Baharu Cina.

Beliau telah membawa masalah itu ke perhatian jabatan kerajaan berkenaan untuk tindakan lanjut apabila mendapat aduan dari penghuni di situ pada Januari lalu.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang amat prihatin terhadap masalah kemudahan asas dan telah membina kemudahan berkenaan demi kepentinga­n rakyat.”

 ??  ?? LINDA bersama pegawainya dan penduduk meninjau jambatan di Kg Bakau yang baru dibaik pulih.
LINDA bersama pegawainya dan penduduk meninjau jambatan di Kg Bakau yang baru dibaik pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia