Utusan Borneo (Sabah)

Program Kebajikan Sedekah Subuh bantu pelajar miskin cemerlang

-

BEAUFORT: Program Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh Sekolah Menengah Bea u f o r t I I telah memberikan manfaat kepada pelajar miskin yang cemerlang di sekolah berkenaan.

Program kerjasama antara unit kebajikan sekolah dengan badan bukan kerajaan yang berpangkal­an di negeri Selangor itu merupakan acara tahunan untuk memberikan bantuan kepada pelajar miskin yang cemerlang dalam bidang pendidikan.

Menurut Penolong Kanan HEM Adam Arip, program bertujuan meringanka­n beban para pelajar miskin yang kurang berkemampu­an.

“Selain itu, program ini memberi peluang kepada agensi tertentu membantu golongan sasar. Program ini juga memberikan motivasi dan kesedaran kepada pelajar agar terus bersemanga­t untuk mencapai kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Bantuan berupa pakaian seragam sekolah, sarapan pagi, tambang bas dan wang saku itu merupakan acara tahunan yang akan disampaika­n oleh pertubuhan berkenaan kepada pelajar sekolah yang terpilih. Pada tahun ini, seramai 70 pelajar menerima bantuan berbentuk kelengkapa­n persekolah­an dan 15 orang menerima bantuan tambang persekolah­an.

Dalam ucapannya, Pengetua Haji Abdullah Sarudin meluahkan rasa amat bersyukur kerana ada dermawan yang sudi menghulurk­an bantuan untuk meringanka­n beban kepada pelajar yang memerlukan­nya.

“Program ini diharap akan dapat membantu para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengharapk­an agar program ini berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Pelajar cemerlang PT3 2017, Nurul S y akil l a K h u zai m a Rahmat, yang berjaya memperoleh i 10 Adan juga penerima bantuan berkenaan, melahirkan rasa syukur dan terima kasih.

“Saya akan sentiasa memanfaatk­an sumbangan yang diberikan dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Turut hadir di majlis penyampaia­n itu ialah para penolong kanan, para guru, serta para pelajar yang menerima bantuan berkenaan.

 ??  ?? ADAM menyampaik­an bantuan kepada pelajar cemerlang.
ADAM menyampaik­an bantuan kepada pelajar cemerlang.
 ??  ?? ABDULLAH (duduk, dua dari kiri) bersama guru lain bergambar kenangan selepas majlis itu.
ABDULLAH (duduk, dua dari kiri) bersama guru lain bergambar kenangan selepas majlis itu.
 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia