Utusan Borneo (Sabah)

Laporan audit, dokumen berkaitan tanah Felda

Tidak boleh didedah

- Bernama

KUALA LUMPUR:Laporan audit forensik bagi projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dan 240 dokumen yang terlibat dalam kajian audit berkenaan tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih dilakukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berkata kesemua dokumen itu termasuk syor-syor yang dijangka diberi, telah diminta oleh polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk digunakan sebagai dokumen siasatan.

“Laporan audit tak boleh didedahkan kerana siasatan masih berlangsun­g dan kita akan pastikan perkara (yang timbul) berkaitan ini (projek KLVC) tidak akan berulang dengan memastikan kesemua jabatan kerajaan dan agensi berkaitan mematuhi perintah am.

“Apa yang berlaku di Felda adalah satu pengajaran yang amat besar. Saya setuju kita tak boleh biarkan perkara ini berulang dan saya boleh beri jaminan tidak ada jabatan yang boleh terlepas daripada kajian (pemantauan) audit sebenarnya,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (PPBMPagoh) pada sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.

KLVC ialah projek yang dibangunka­n syarikat pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), di tanah milik Felda yang menimbulka­n kontrovers­i barubaru ini.

Pada 9 Mac lepas, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Felda kembali mendapatka­n kesemua 16 lot tanahnya di Jalan Semarak di sini, yang sebelum ini didaftarka­n atas nama SPSB.-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia