Utusan Borneo (Sabah)

Obor Jubli Emas MSS Sabah kini di Pitas

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Program Larian Obor sempena Sambutan Jubli Emas (1968 - 2018) Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Kali Ke-50, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) kini berada di daerah Pitas.

Upacara penyerahan obor disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Siti Hamni Hashim kepada Timbalan PPD Pitas, Mausal @ Musa Haji Aliasah di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Pitas, pagi Isnin.

Terdahulu, obor tersebut dibawa ke PPD Ranau awal pagi Isnin oleh rombongan PPD Telupid yang diketuai PPD Telupid Drs. Mahanin Osman dan Tommy Amir yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Telupid dan seterusnya PPD Ranau menghantar­nya ke PPD Pitas, berkonsepk­an ‘lari berganti-ganti’.

Program Larian Obor yang bermula 3 Februari lalu di Pekan Menumbok, Kuala Penyu dirasmikan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah Haji Mohd. Dun semasa perasmian penutupan Kejohanan Merentas Desa MSS Sabah 2018.

Larian Obor mengelilin­gi 24 daerah pendidikan (PPD) di Sabah seterusnya akan diserahkan oleh rombongan dari Pitas ke Kota Marudu pada 14 Mac, Kudat (15 Mac), Kota Belud (16 Mac), Tuaran (19 Mac) dan Penampang (20 Mac) sebelum berakhir di Stadium Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu pada 21 Mac sempena perasmian Kejohanan Olahraga MSS Sabah Kali Ke-50 Tahun.

Majlis pembukaan rasmi MSS Sabah 2018 akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada 21 Mac, jam 8.30 pagi, manakala majlis penutupann­ya akan disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 24 Mac, jam 3 petang.

 ??  ?? SITI HAMNI (tiga kanan) bergambar kenangan bersama rombongan PPD Ranau selepas menyerahka­n obor kepada Timbalan PPD Pitas, Mausal @ Musa Haji Aliasah (tengah). Turut bersama ialah Penyelia Unit Sukan PPD Ranau, Ladius (depan, dua kiri).
SITI HAMNI (tiga kanan) bergambar kenangan bersama rombongan PPD Ranau selepas menyerahka­n obor kepada Timbalan PPD Pitas, Mausal @ Musa Haji Aliasah (tengah). Turut bersama ialah Penyelia Unit Sukan PPD Ranau, Ladius (depan, dua kiri).
 ??  ?? MAHANIN (depan, tiga kiri) bersama Tommy (dua kiri) mengetuai rombongan PPD Telupid dalam larian obor Jubli Emas MSS Sabah ke Ranau.
MAHANIN (depan, tiga kiri) bersama Tommy (dua kiri) mengetuai rombongan PPD Telupid dalam larian obor Jubli Emas MSS Sabah ke Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia