Utusan Borneo (Sabah)

Perenang muda sandaran SASA3

- DESMOND QWEK Oleh

KOTA KINABALU: Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA) bersandark­an bakat mu daun tu u k menyerlah di Kejohanan Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MiAG) 2018 di Kuala Lumpur hujung minggu ini. Presiden SASA Anthony Kiob berkata, 49 perenang akan membawa cabaran Sabah bersaing di kejohanan edisi Ke-54 itu yang akan berlangsun­g di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil bermula 15-18 Mac.

“Empat perenang kita yang ketika ini berlatih dan bersekolah di Kuala Lumpur, Johor dan Perth, Australia juga akan menyertai pasukan negeri ini.

“Pasukan negeri ini akan diiringi oleh pengurus Sanctuson Gan dibantu oleh ketua jurulatih Benjamin Lee, penolong jurulatih Tie Mee Kiong serta pegawai teknikal Daniel Lee,” jelas beliau.

Tahun lalu, pasukan negeri ini yang dibarisi oleh 28 perenang berjaya membawa pulang empat emas, 11 perak dan sembilan gangsa.

Selain atlet renang, atlet terjun Sabah juga akan beraksi di Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan oleh Kesatuan Renang Amatur Malaysia berlangsun­g bermula 7-8 April.

Dalam pada itu, Anthony berterima kasih kepada pengusahaa minuman Life Water Industries Sdn Bhd diatas sumbangan kemejaT untuk pasukan Sabah yang menyertai kejohanan itu, swimshop2u di bawah pengurusan Metrotech Technologi­es, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Persatuan Renang Daerah Penampang serta kelabkelab naungan SASA.

 ??  ?? ANTHONY (tiga kiri) bersama menerima tajaan dari Life Water Industries yang diwakili oleh Kay Chu (dua kiri) semasa penyerahan ringkas di ibu negeri pada Isnin.
ANTHONY (tiga kiri) bersama menerima tajaan dari Life Water Industries yang diwakili oleh Kay Chu (dua kiri) semasa penyerahan ringkas di ibu negeri pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia