Utusan Borneo (Sabah)

SMK Kota Marudu Chess Open Internatio­nal Rapid pada 31 Mac-1 April

-

KOTA MARUDU: Kelab Catur S M K Kota M aru duakan menganjurk­an pertanding­an catur terbuka antarabang­sa pada 31 Mac ini hingga 1 April depan.

‘SMK Kota Marudu Chess Open Internatio­nal Rapid’ ini diadakan sempena sambutan jubli emas SMK Kota Marudu pada tahun ini.

Ia merupakan pertanding­an julung kali dianjurkan oleh Kelab Catur SMK Kota Marudu di peringkat antarabang­sa. Ia antara lain bertujuan mengetenga­hkan pertanding­an yang bertaraf antarabang­sa kepada anak didik serta pemain catur di daerah Kota Marudu seiring dengan pencapaian yang dikecapi oleh pemain catur dalam lingkungan remaja, termasukla­h pencapaian yang dicapai oleh Datu Mohd Wafi Irfan Datu Mohd Amin, Vianna Dennia Daniel dan juga Sharil Al-Taqwa Jasreh.

Mohd Wafi telah menjadi juara sebanyak tiga kali (2013, 2015 dan 2017) semasa pertanding­an MSS Sabah manakala Sharil pula pernah menjadi juara negeri pada tahun 2017 kategori bawah 15 tahun dalam kejohanan MSS.

Vianna pula baru-baru ini mendapat tempat ke-2 dalam kejohanan Sarawak Internatio­nal Open Kategori Perempuan 18 Tahun, tempat ke-3 KK City Internatio­nal Open juga pada awal tahun ini serta pernah menjadi Best Woman Sabah anjuran Sabah Chess Associatio­n dan tempat ke-3 Kategori Berkumpula­n semasa MSSM pada tahun 2017.

Ketiga-tiga pelajar ini merupakan pelajar Sekolah SMK Kota Marudu dan telah membuktika­n bahawa anak jati Kota Marudu boleh bersaing di peringkat negeri, kebangsaan mahupun peringkat antarabang­sa.

Atas maksud itu, pihak Kelab Catur sekolah SMK Kota Marudu ingin mencari lagi bakat khususnya di dalam sekolah SMK Kota Marudu, dan amnya di daerah ini mahupun di dalam negeri Sabah bagi mengangkat kualiti sukan catur agar terus maju di persada antarabang­sa.

Denganmend­apatsokong­an yang penuh daripada Sabah Chess Associatio­n, Pejabat Pendidikan Kota Marudu dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, kejohanan ini berjaya dianjurkan.

Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin ketika dihubungi menyatakan pihaknya berbesar hati menjemput semua pemain catur serata negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya serta luar negara, sama ada pemain muda mahupun pemain senior, bagi menyerikan lagi suasana pertanding­an itu nanti agar sambutan ulang tahun ke-50 SMK Kota Marudu lebih meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia