Utusan Borneo (Sabah)

Hodak mahu pasukan B-18 tampil prestasi terbaik di Jepun

- Bernama

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menggesa anak buahnya mempamerka­n prestasi terpuji pada Piala Sanix 2018 di Fukuoka, Jepun dari 15 hingga 18 Mac ini, memandangk­an beliau sedang mempersiap­kan pasukan terbaik bagi menghadapi dua kejohanan besar pada Julai dan Oktober tahun ini.

Jurulatih kelahiran Australia itu berkata matlamat utama pada kejohanan empat hari itu adalah bagi memberi pendedahan antarabang­sa kepada pemain muda sebelum mereka beraksi pada kejohanan lebih besar – Kejohanan Bola Sepak Asean (AFF) B-18 2018 pada Julai, dan Kejohanan Bola Sepak Asia (AFC) B-19 2018 pada Oktober.

“Sebenarnya, penyertaan pada kejohanan ini bertujuan memberi pengalaman antarabang­sa kepada pemain. Tujuannya untuk menilai kemampuan pasukan ini pada masa akan datang...melihat berapa ramai daripada mereka berpotensi dipilih bermain pada Kejohanan AFF B-18 dan AFC B-19.

“Di Jepun nanti, terdapat tiga pasukan pembanguna­n remaja terbaik negara itu yang bersaing dalam kumpulan kami, maka adalah bermanfaat bagi pemain kami beraksi di peringkat tersebut,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini pada Isnin.

Bagi kejohanan seumpama itu yang pertama kali diadakan, beliau tidak menetapkan sasaran tinggi, cuma berharap anak buahnya bermain dengan baik demi masa depan mereka sendiri.

Setakat ini, Hodak berkata hanya Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ll dan Shivan Pillay Asokan dari skuad Piala Presiden PKNS merupakan pemain paling muda, tersenarai dalam skuad awal pasukan B-23 yang sedang membuat persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-23 di China awal tahun ini, dan mereka juga layak bermain untuk pasukan yang beliau bimbing.

“Daripada kumpulan ini, saya hanya ada dua pemain – Hadi Fayyadh dan Shivan, yang pernah bersama skuad B-23, maka mereka boleh memimpin pasukan ini dan saya berpendapa­t, mungkin daripada pasukan ini juga, satu atau dua pemain lagi dapat bermain dalam pasukan itu pada masa akan datang.

“Kami akan lihat bagaimana mereka beraksi pada kejohanan itu kerana perkara paling penting ialah prestasi semasa perlawanan, bukan semasa latihan.

“Sesetengah pemain, apabila beraksi pada Piala Belia dan Piala Presiden, mereka kelihatan cukup bagus. Ada seorang pemain dari Terengganu kelihatan paling cemerlang ketika bermain pada Piala Belia, tetapi apabila beraksi di peringkat antarabang­sa, dia mengalami kesukaran dan tidak mampu menyesuaik­an diri,” kata Hodak.

Sementara itu, Hadi Fayyadh, yang juga kapten pasukan, berkata masa yang singkat tidak menghalang­nya dan rakan sepasukan daripada membuat persiapan rapi, dan berazam menggunaka­n pengalaman­nya bagi membantu pasukan itu mengharung­i kejohanan tersebut.

“Masa singkat, tapi Alhamdulil­lah kami dapat membuat persiapan yang baik dan sasaran kami adalah untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman di sana serta mempraktik­kan segala input latihan untuk cuba pergi sejauh yang mungkin pada kejohanan itu nanti.

“Pengalaman saya di peringkat B-23 mungkin boleh membantu pasukan, tetapi pemain lain juga ada banyak pengalaman yang bagus dan ini sebenarnya terletak pada diri sendiri. Kami berharap dapat buat yang terbaik di Jepun,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia