Utusan Borneo (Sabah)

Karate Sabah naib johan keseluruha­n

Kejohanan Piala Karate Silent Knight Ke-9, 2018

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persatuan Karate Negeri Sabah (SKA) muncul naib johan keseluruha­n Kejohanan Piala Karate Silent Knight Ke-9, 2018 yang berakhir di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Pasukan negeri ini berjaya membawa pulang tujuh emas, lima perak dan lima gangsa untuk berada di belakang juara keseluruha­n Kelab Karate Hayashi-Ha dari Kuala Lumpur yang membolot 16 emas, 15 perak dan 36 gangsa.

Tempat ketiga keseluruha­n disandang oleh pasukan Kelab Karate Bushido juga dari Malaysia yang memenangi lima emas, empat perak dan enam gangsa.

Pingat emas Sabah dimenangi menerusi Bibi Aysha Muhd Zain, Nur Radhiah Fathiah Razmi, Muhd Akid Azlan, Muhd Syafieqrul­lah Halim, Mohd Rafiuddin Faiz Razmi, Nurhanna Nadirah Riduan, dan Ivan Charles.

Pingat perak dimenangi menerusi Nur Rasyiqah Fari’ah Razmi, Mohd Irfan Shah Mohd Fadli Shah, Mark Kevin Frederick, Brandon Zimito dan Daniel Milji.

Sambil pingat gangsa dimenangi menerusi Shaddad Iqbal Shah Tadzul, Nathalia Sherawinni­e Yampil, Syasya Nursyahida­h Ali Husin, Muhd Aiman Azlan dan Brandon Zimito.

Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA) Julian Chin ketika dihubungi Isnin berkata, seramai 15 atlet lelaki dan enam atlet perempuan mewakili Sabah menyertai kejohanan tiga hari itu.

Selain penyertaan atletatlet dari seluruh negara, kejohanan dua hari yang mempertand­ingkan kategori veteran, senior, remaja, kadet dan kanak-kanak berumur enam tahun ke atas itu akan disertai oleh 14 negara lain.

Negara-negara yang menyertai terdiri daripada Jepun, Iran, Filipina, Nepal, Hong Kong, Vietnam, Uzbekistan, Indonesia, Negara Thai, Bangladesh, Kesatuan Arab Bersatu, India, Sri Lanka dan Singapura.

 ??  ?? PASUKAN Sabah meraikan kejayaan di Kejohanan Piala Karate Silent Knight Ke-9, 2018 yang berakhir di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.
PASUKAN Sabah meraikan kejayaan di Kejohanan Piala Karate Silent Knight Ke-9, 2018 yang berakhir di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia