Utusan Borneo (Sabah)

SK Maraba juara keseluruha­n Majlis Tadarus Al-Quran

-

BEAUFORT: Sekolah Kebangsaan (SK) Maraba muncul juara keseluruha­n Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid SekolahSek­olah Rendah Zon Weston ke-40 yang berlangsun­g di Dewan SK Bukau pada Khamis.

SK Maraba cemerlang dengan merangkul kejayaan pada empat acara yang disertai, iaitu mendapat satu johan dan naib johan, sekali gus muncul juara pada edisi 2018 dengan mengenepik­an enam sekolah lain dalam zon berkenaan.

SK Maraba nyata terlalu unggul apabila muncul johan dalam acara tilawah alQuran perempuan, hafazan perempuan dan bercerita lelaki dan perempuan di samping meraih naib johan dalam tilawah al-Quran lelaki dan nasyid.

Naib johan keseluruha­n disandang oleh SK Weston apabila meraih johan acara nasyid, naib johan bagi acara bercerita perempuan dan ketiga bagi acara tilawah al-Quran lelaki.

Tempat ketiga keseluruha­n dimenangi oleh SK Lingkungan setelah muncul johan acara tilawah al-Quran lelaki selain dua tempat ketiga menerusi acara tilawah al-Quran perempuan dan hafazan perempuan.

Pertanding­an nasyid menyaksika­n SK Weston muncul juara, naib johan SKMaraba dan tempat ketiga oleh SK Ladang Lumadan. Turut diumumkan penyanyi solo terbaik dimenangi oleh Siti Nursyawali­ah Nordin dari SK Ladang Lumadan.

Sebanyak tujuh sekolah rendah dalam Zon Weston menyertain­ya dengan SK Bukau selaku tuan rumah tahun ini. Sekolah lain ialah SK Maraba, SK Karangan, SK Ladang Lumadan, SK Lubok, SK Lingkungan dan SK Weston yang akan menjadi tuan rumah pada tahun depan.

Majlis yang bertemakan

ARIF (tiga kanan) mengabadik­an kenangan bersama guru-guru besar Zon Weston.

‘Al-Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahter­aan Negara’ itu telah disempurna­kan perasmian penutupann­ya oleh Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Arif Bagol.

Hadir sama, Guru Besar SK Bukau merangkap Pengerusi Pengelola MTQ Zon Weston Asinah Jamlus, kesemua guru besar Zon Weston dan Yang Dipertua PIBG SK Bukau Mazlin Hj Sudi.

Seramai 76 orang dari tujuh sekolah terlibat dalam acara-acara yang dipertandi­ngkan sehari itu yang bertujuan memilih peserta dan kumpulan nasyid terbaik untuk mewakili Zon Weston ke Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Daerah Beaufort yang dijadual diadakan di Zon Weston selaku tuan rumah pada minggu depan.

Majlis turut diserikan dengan perembahan Qasidah oleh murid-murid dan nyanyian solo oleh Shamsuddin Hj Anuar dari SK Bukau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia