Utusan Borneo (Sabah)

Usno Baru perlu jawapan ROS

- HJ SHAIDDIN ABD NADDIN

KOTA KINABALU: Usno Baru memerlukan jawapan segera daripada pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai keputusan hasil penyiasata­n terhadap parti itu untuk membolehka­n mereka mengadakan mesyuarat agung dan meneruskan urusan pentadbira­n parti.

Timbalan Presiden Penaja, Ustaz Kusugan Imam Ali berkata Usno Baru berterima kasih kepada Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim kerana mengarahka­n Bahagian Pematuhan ROS mendapatka­n keputusan penyiasata­n di antara Parti Usno dan Parti Usno Baru walaupun keduadua parti itu dilarang membuat sebarang aktiviti oleh ROS melalui surat PPM-SBH (60208 JLD2 (7) bertarikh 16 Februari 2016.

Beliau sudah menghantar surat permohonan untuk mengetahui hasil siasatan terhadap Usno Baru kepada Ketua Pengarah ROS bertarikh 7 Disember 2017 dan disalinkan kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah serta pejabat Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia di Kuala Lumpur.

“Kami memerlukan jawapan kepada surat itu kerana dengan adanya surat berkenaan maka kami boleh mengadakan mesyuarat agung dan meneruskan urusan pentadbira­n parti Usno Baru.

“Kami berharap agar Ketua Pengarah ROS Kuala Lumpur dapat mengeluark­an surat pengiktira­fan atau kelulusan dengan secepat mungkin agar kami dapat bertanding dalam PRU14 nanti,” katanya.

Kusugan pernah ditanya sama ada menyokong kerajaan atau pembangkan­g tetapi beliau menjelaska­n akan menyokong kerajaan jika parti itu diluluskan.

Oleh itu, tiada sebab mengapa kelulusan parti itu diperlamba­tkan sebaliknya ia harus dipercepat­kan agar mereka boleh menyertai PRU akan datang.Oleh

 ??  ?? KUSUGAN memperliha­tkan surat yang ditujukan kepada ROS.
KUSUGAN memperliha­tkan surat yang ditujukan kepada ROS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia