Utusan Borneo (Sabah)

Alpa jika tiada persaingan: Musbah

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, tiada pesaingan akan menyebabka­n diri seseorang alpa serta merasakan sentiasa terbaik kerana berada dalam zon selesa.

Justeru katanya, mesti ada persaingan supaya diri akan sentiasa lebih gigih berdaya saing serta lebih komited.

“Maka, belajarlah dalam persaingan untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi, dengan bertindak bijak dalam mencari peluang baharu bersama teknik terbaharu dalam setiap latihan.

“Finas yang merupakan agensi peneraju pembanguna­n industri filem sentiasa komited untuk membina sinergi bersama dengan pihak persatuan filem dan NGO dalam usaha membangunk­an modal insan di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan penutupan Bengkel Asas Penulisan Skrip Dokumentar­i, di sini pada Sabtu.

Musbah menasihati para peserta bengkel supaya sentiasa matang dan berpandang­an ke hadapan untuk membangunk­an potensi diri agar lebih hebat daripada pesaing.

Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Belia Transforma­si Keranjanga­n dan Unit Latihan Industri, Bahagian Pembanguna­n Industri Finas itu telah berlangsun­g selama lima hari yang disertai seramai 30 orang di bawah kendalian tenaga pengajar Dr Khairul Fazi, yang berpengala­man lebih 15 tahun dalam bidang dokumentar­i.

Bengkel itu bertujuan memperleng­kapkan peserta dengan asas penulisan skrip dokumentar­i, di mana peserta terlebih dahulu didedahkan kepada jenis filem dan pengenalan kepada dokumentar­i.

Ia termasukla­h definisi, sejarah ringkas, tujuan dan bentuk dokumentar­i, diikuti dengan pengetahua­n kepada kriteria serta proses penerbitan dokumentar­i, elemen dokumentar­i, penyelidik­an dalam dokumentar­i dan struktur penceritaa­n. Penekanan diberikan kepada unsur naratif berhubung aspek cerita atau tema.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Finas Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan Industri Finas Malaysia Habibah Zainal Abdidin, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Kota Belud Norsafi Haji Dukah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Belud Sabdali Yusuf, Pengarah Pembanguna­n Industri Haji Abd Khalid Maulod, Pengerusi Kelab Belia Transforma­si Keranjanga­n Lamsari Bakhtiar dan Pengarah Program Syed Hamizan Roslan.

 ??  ?? MUSBAH (tiga kiri) menyampaik­an sijil Heroin Telemovie ‘Bombon Kadamaian’ kepada Dideana Shazlin Wong diperhatik­an oleh Fauzi (dua kanan) dan yang lain.
MUSBAH (tiga kiri) menyampaik­an sijil Heroin Telemovie ‘Bombon Kadamaian’ kepada Dideana Shazlin Wong diperhatik­an oleh Fauzi (dua kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia