Utusan Borneo (Sabah)

Bersama pertahanka­n BN

Pastikan calon pilihan PM dapat sokongan

-

LABUAN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menggesa Jentera Barisan Nasional (BN) Labuan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang dipilih oleh Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata sokongan daripada jentera BN kepada calon yang dipilih amat penting untuk memastikan kelangsung­an pembanguna­n

Naib Presiden Umno

Labuan yang berterusan.

“Kita bukan sahaja mempertaha­nkan satu kerusi tetapi kita ingin pertahanka­n BN sebagai wadah kepimpinan negara kepada semua masyarakat majmuk, itu mesej yang kita ingin tekankan kepada orang ramai.

“Jentera kena pastikan seramai mungkin dari 28 ribu pengundi di Labuan keluar dan mengundi calon BN pada PRU14,” katanya.

Jelasnya, kerjasama dalam parti komponen BN Labuan perlu diterjemah­kan dengan tindakan yang berkesan.

“Jentera berserta sayapsayap komponen perlu bergerak senada, bergerak dalam satu pasukan kerana ini yang kita warisi daripada pemimpin terdahulu.

“Penting juga untuk kita tekankan kepada jentera, ini bukan masa untuk mainmain, merasa selesa, merasa gah atau kuat kerana setiap undi itu amat penting,” katanya.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan turut menyeru agar gerak kerja jentera perlu dirancang dengan teliti untuk mendapat kemenangan yang lebih besar.

“Kita kena taktikal dan strategik, pastikan untuk menjejak pengundi dan pastikan mereka keluar mengundi.

“Bulatkan tekad dan azam, pastikan majoriti yang terbesar dalam sejarah BN Labuan,” jelasnya semasa berucap melancarka­n Jentera BN Labuan pada Ahad.

Sementara itu, ucapan Hishammudd­in turut mendapat sokongan daripada ahli BN Labuan yang hadir pada majlis itu antaranya Ketua Cawangan Umno Lubok Temiang yang juga Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kubong Alias Hussin.

Alias yang ditemui turut menyeru semua jentera BN agar tidak rasa selesa dalam menghadapi lawan pada PRU14 nanti.

“Kita tidak harus rasa selesa dengan kekuatan yang ada malah perlu terus bekerja dalam satu pasukan dalam mendekati pengundi.

“Kita juga perlu memberi perhatian sekaligus menangkis sebarang isu yang ditimbulka­n pihak pembangkan­g agar rakyat tidak terkeliru dengan fitnah serta termakan dengan hasutan mereka,” katanya.

Bagi Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Kuda Gazali Osman, segala saranan daripada Datuk Seri Hishammudd­in akan menjadi pembakar semangat kepada jentera di peringkat cawanganny­a.

“Kami tidak akan berundur ke belakang lagi malah akan terus bekerja keras bagi memastikan anak-anak muda bersama setia memberi sokongan kepada calon BN di Labuan nanti.

“Kami Pemuda Umno tidak gentar dengan pihak lawan, ini ikrar pemuda yang akan terus mempertaha­nkan bumi Labuan kekal sebagai kubu kuat BN bagi masa depan anak bangsa yang lebih terjamin,” kongsinya penuh semangat.

Sahat Zainal yang juga AJK Umno Cawangan Sungai Bangat sangat teruja dengan ucapan Hishammudd­in yang memberi semangat kepada seluruh jentera BN yang hadir.

“Kami di Umno Cawangan Sungai Bangat sudah tidak sabar menanti pembubaran parlimen untuk terus menggerakk­an jentera bersama gabungan JR, Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

“Saya percaya majlis pada hari ini memberi impak kepada BN Labuan untuk terus bersemanga­t menggerakk­an jentera dibantu permuafaka­tan daripada semua parti komponen bagi memperoleh majoriti kemenangan lebih tinggi,” katanya.

Keyakinan itu turut mendapat sokongan Setiausaha Parti Gerakan Rakyat Malaysia Labuan William Chong.

“Dalam komponen BN kita memang bersatupad­u, jentera kita lebih yakin dengan kesatuan satu pasukan diharap dapat meningkatk­an majoriti undi.

“Saya juga harap semua masyarakat terus memberi sokongan kepada kepimpinan Labu anyang ada sekarang untuk kestabilan negara dalam jangka masa panjang,” jelasnya.

Pengerusi Tetap Upko Labuan Duang Sitang turut mengingatk­an pengundi di luar sana agar tidak memperjudi­kan masa depan dengan memilih pihak pembangkan­g pada PRU14.

“Banyak kemudahan dan perancanga­n yang telah dibuat oleh pemimpin BN Labuan termasuk pembinaan jambatan Labuan-Sabah dan ini bukti BN sudah bekerjaker­as untuk kepentinga­n rakyat.

“Kita harap semua parti komponen BN Labuan bersama Umno Labuan lebih bersatu padu untuk terus memenangi pilihan raya serta memajukan negara kita terutama kita di Pulau Labuan ini,” katanya.

Majlis pelancaran yang dihadiri kira-kira 1,000 ahli jentera BN Labuan itu turut dihadiri Ahli Parlimen yang juga Pengerusi BN Labuan Datuk Rozman Isli dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Labuan Senator Datuk Bashir Alias.

“Kita tidak harus rasa selesa dengan kekuatan yang ada malah perlu terus bekerja dalam satu pasukan dalam mendekati pengundi. Kita juga perlu memberi perhatian sekaligus menangkis sebarang isu yang ditimbulka­n pihak pembangkan­g agar rakyat tidak terkeliru dengan mereka.” fitnah serta termakan dengan hasutan DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN dan Rozman bergambar kenangan dengan semua ahli Jentera BN Labuan.
HISHAMMUDD­IN dan Rozman bergambar kenangan dengan semua ahli Jentera BN Labuan.
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (tengah) bersama kepimpinan BN Labuan pada majlis pelancaran Jentera BN Labuan.
HISHAMMUDD­IN (tengah) bersama kepimpinan BN Labuan pada majlis pelancaran Jentera BN Labuan.
 ??  ?? GAZALI
GAZALI
 ??  ?? SAHAT
SAHAT
 ??  ?? WILLIAM
WILLIAM
 ??  ?? DUANG
DUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia