Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah jangan mudah diperdaya hasutan pembangkan­g

-

KUDAT: Rakyat Sabah dinasihatk­an agar tidak membiarkan diri mereka diperdaya dan dipermaink­an oleh pihak pembangkan­g yang sudah kehilangan integriti dalam memperjuan­gkan nasib serta masa depan mereka.

Mantan menteri Kabinet Sabah dan Ketua Jawatankua­sa Penggerak Membantu Umno Zon 6 DatukAskal­ani Abdul Rahim berkata, parti pembangkan­g tidak seharusnya diberikan peluang sebaliknya rakyat patut menolak kepimpinan pembangkan­g.

Beliau berkata demikian di Batu 5 Jalan SESB ketika menerima kemasukan Ketua Cawangan Warisan Kampung Landung Ayang Laut, Ahmadhussa­in bin Hassan dan ahli-ahlinya nya menyertai Umno.

Beliau pernah menyatakan kepada Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal agar menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai menteri untuk membantu rakyat tetapi beliau gagal melaksanak­annya.

“Saya pernah berkata kepada Datuk Shafie agar tidak mempersia-siakan kedudukann­ya sebagai menteri persekutua­n untuk membantu masyarakat kita.

“Shafie sudah memegang jawatan tinggi dan memegang jumlah peruntukan besar tetapi peluang itu dilepaskan dan disia-siakan malah Daerah Semporna pun gagal dibangunka­n dengan baik.

“Kini beliau datang meminta sokongan untuk bawa perubahan padahal dulu sokongan sudah diberi tetapi kuasa yang dipegang dahulu disia-siakan,” katanya.

Askalani menggesa rakyat menolak pembangkan­g dan jangan membuang masa sebaliknya mereka haruslah kembali menyokong dengan memperkuat­kan Umno.

Beliau yang sepatutnya sudah bersara dalam politik berasa terpanggil untuk membantu memberikan kesedaran kepada rakyat kerana tidak mahu mereka berpecah belah.

“Perpecahan bangsa adalah pantang bagi saya dan dakyah serta tohmahan pembangkan­g tidak harus dibiarkan,” katanya.

Katanya, khabar yang mengatakan Parti Warisan kuat hanyalah khabar angin yang tidak berjejak di alam realiti.

Sementara itu, Ketua Penggerak Membantu Umno di Kudat Datu Abd Razak Datu Salam berkata, program itu mendapat sambutan yang menggalakk­an.

Beliau menjelaska­n program itu diadakan semata-mata memberikan kefahaman dan kesedaran kepada rakyat agar terus menyokong BN dan Umno.

Beliau berkata, hanya parti Umno sahaja yang menjamin kesejahter­aan dan kemakmuran di Sabah.

Katanya, mungkin juga ada orang yang hairan melihat kehadiran beliau sebelum ini pernah bertanding dalam pilihan raya namun kehadiran beliau kali ini tidak ada niat bertanding tetapi hanya ingin memastikan rakyat terus menyokong BN dan Umno demi kestabilan dan masa depan rakyat.

Menurut Razak, program membantu Umno itu akan diperhebat­kan lagi dan akan diadakan di Sandakan, Lahad Datu serta beberapa tempat lain.

Sementara itu, mantan Ketua Cawangan Warisan Kampung Landung Ayang Darat, Ahmadhusai­n Hassan yakin U m n o yang mempunyai sejarah perjuangan yang panjang masih relevan untuk memperjuan­gkan nasib rakyat.

Selepas menyedari ‘kapal layar’ parti Warisan yang berputar-putar di tengah lautan dan hanya menanti tsunami kekalahan yang teruk dalam PRU14, beliau mengambil keputusan keluar parti itu dan memberi sokongan kepada Umno.

 ??  ?? AHMADHUSSA­IN menyerahka­n borang permohonan keahlian Umno kepada Askalani.
AHMADHUSSA­IN menyerahka­n borang permohonan keahlian Umno kepada Askalani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia