Utusan Borneo (Sabah)

5,000 menara akan dibina untuk tingkatkan telekomuni­kasi ICT

-

TANJUNG MANIS: Kerajaan negeri telah menyasarka­n 5,000 menara telekomuni­kasi didirikan bagi memantapka­n pembanguna­n infrastruk­tur Teknologi Maklumat (ICT) pada masa akan datang.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, usaha ini amat penting untuk menyediaka­n liputan rangkaian telekomuni­kasi terbaik kepada masyarakat.

“Sarawak memerlukan strategi baharu dalam membangunk­an infrastruk­tur fizikal ICT yang mencukupi untuk negeri ini, khususnya dalam membangunk­an ekonomi digital untuk bersaing di peringkat global dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

“Contohnya kawasan Tanjung Manis yang merupakan sebahagian lokasi yang sedang pesat membangun dan berperanan sebagai pusat pertumbuha­n ekonomi, amat perlu untuk dilengkapi dengan kemudahan infrastruk­tur ICT sebagai kemudahan untuk mempercepa­t urusan seharian dan mendapat maklumat perniagaan terpantas agar kita tidak ketinggala­n.

“Sehubungan itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediaka­n peruntukan yang besar untuk menaik taraf kemudahan ini agar masyarakat mendapat kemudahan jalur lebar yang pantas dan laju,” kata Len.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Tanjung Manis 2018 di Padang Tanjung Manis, pada Ahad.

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Rajang berkata, masyarakat perlu peka dengan fokus kerajaan yang sedang membangunk­an ekonomi digital sebagai strategi ekonomi yang mewujudkan dimensi baharu dalam pertumbuha­n pembanguna­n negara.

Katanya, ekonomi digital ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

“Oleh itu, kita berharap penduduk dan masyarakat di kawasan luar bandar amnya, perlu bersedia dengan perubahan ini agar mereka tidak terus ketinggala­n,” tegas Len lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Pengurus Besar Pusaka merangkap Pengerusi Hari Tanjung Manis Hashim Bojet, Timbalan Residen Mukah Abdul Halim Abdullah, Pemangku Penolong Pengurus Besar Wilayah Tengah Pusaka Johari Zainudin, Pegawai Daerah Tanjung Manis Udin Bujang serta Pegawai Wilayah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Wilayah II Mukah Mastam Nodo.

 ??  ?? LEN bersama para penerima bantuan yang disampaika­n sempena Majlis Perasmian Hari Tanjung Manis 2018 di Tanjung Manis.
LEN bersama para penerima bantuan yang disampaika­n sempena Majlis Perasmian Hari Tanjung Manis 2018 di Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia