Utusan Borneo (Sabah)

Eksport perabot 70 peratus Sasaran MTIB menerusi ODM menjelang 2020

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) menyasarka­n untuk mencapai pendapatan eksport perabot sebanyak 70 peratus melalui pengeluara­n perabot ODM (Original Design Manufactur­ing) menjelang 2020.

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Industri MTIB Mahpar B.Atan berkata, pihaknya yakin bahawa sasaran itu akan tercapai ekoran pengeluara­n eksport perabot ODM mengalami peningkata­n dari tahun ke tahun.

“Pada tahun 2017, eksport perabot meningkat berbanding 2016 iaitu kita berjaya mengekspor­t RM23.2 bilion kayu dan produk kayu yang mana 30 peratus keseluruha­n eksport adalah dari negara kita.

“Daripada jumlah itu, RM10.14 bilion adalah hasil produk kategori perabot, Jadi kami sasar untuk beralih daripada pengeluara­n kategori perabot OEM (original equipment manufactur­ing) kepada ODM pada 2020 dengan menKOTA capai pengeluara­n sebanyak 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Seminar ‘Profession­al Design Programme (PDP)’ di Galeri Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Mahpar berkata keperluan untuk beralih kepada pengeluara­n perabot ODM (Original Brand Manufactur­ing) di Sabah juga dilihat berpotensi tinggi untuk dimajukan pada masa akan datang.

Hal ini kerana katanya, rakyat negeri ini memiliki pelbagai kreativiti dan budaya yang boleh diketengah­kan dalam industri pembuatan perabot yang menggunaka­n jenama dan reka bentuk sendiri.

“Justeru, saya harapkan seminar PDP ini mampu membuka kreativiti dan minda pelajar-pelajar kita untuk mengeluark­an produk reka bentuk sendiri pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS Profesor Dr Baba Musta berkata, satu memorandum persefaham­an (MoU) antara UMS dan MTIB akan dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Katanya, ia bagi mengeratka­n kerjasama antara ked-

“Pada tahun 2017, eksport perabot meningkat berbanding 2016 iaitu kita berjaya mengekspor­t RM23.2 bilion kayu dan produk kayu yang mana 30 peratus keseluruha­n eksport adalah dari negara kita.

MAHPAR B.ATAN Pengarah Bahagian Pembanguna­n Industri MTIB

ua-dua pihak dalam usaha memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan perkembang­an teknologi industri kayu di negara ini melalui pelbagai aktiviti yang akan dirancang.

“Salah satunya adalah dengan mengadakan Program 3 Universiti 1 Industri (3U 1I) yang akan dilancarka­n semasa pengambila­n pelajar akan datang.

“Program ini melibatkan

20 pelajar yang terpilih untuk kita memberi peluang kepada mereka mengasah lagi kemahiran serta kreativiti sekaligus memberi peluang kepada mereka diserap di mana-mana syarikat mahupun industri perabot,” katanya.

Terdahulu, seramai lima panel profesiona­l reka bentuk perabot yang diundangka­n khas dari luar negara hadir pada program berkenaan.

 ??  ?? BABA (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang panel yang hadir pada program berkenaan. Turut kelihatan Mahpar (kiri).
BABA (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang panel yang hadir pada program berkenaan. Turut kelihatan Mahpar (kiri).
 ??  ?? ANTARA peserta yang terdiri daripada pelajar UMS dan beberapa wakil dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang hadir pada program berkenaan.
ANTARA peserta yang terdiri daripada pelajar UMS dan beberapa wakil dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang hadir pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia