Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh bank khas wanita bantu mulakan perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Seorang Anggota Parlimen penyokong kerajaan pada Isnin mencadangk­an supaya kerajaan mewujudkan sebuah bank khusus untuk usahawan wanita bagi membantu mereka memulakan perniagaan.

Anggota Parlimen Tanjong Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman berkata walaupun kini terdapat pelbagai inisiatif sedia ada oleh institusi-institusi tertentu dalam memberi pinjaman namun wanita masih sukar mendapatka­n kelulusan.

Oleh itu, katanya beliau mencadangk­an supaya kerajaan menggabung­kan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk menubuhkan sebuah bank wanita pertama di Malaysia.

“Majoriti peminjam AIM dan TEKUN kini pun memang wanita, jadi tak salah gabungkan sahaja keduadua institusi ini. Institusi ini juga merupakan antara tapak permulaan kepada banyak usahawan wanita dalam bidang perniagaan di Malaysia,” katanya ketika membahaska­n usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Norah berkata kebanyakan usahawan wanita kini perlu memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan sehingga mereka mendapat rekod pencapaian yang baik sebelum diberi pinjaman oleh bank.

“Bank (wanita) ini bukan perkara yang asing di dunia, India, Pakistan dan Tanzania sudah memulakann­ya dulu, oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah menjadi negara pertama di Asia Tenggara bagi memulakan inisiatif ini,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia