Utusan Borneo (Sabah)

30 usahawan Mara sertai kursus ‘Let’s Do The Accounting’

- ZAIRUL Fiza (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Suhaimi. Turut kelihatan Haslinda (kiri) dan Elroon (kanan).

KENINGAU: Seramai 30 peserta terdiri penyewapen­yewa premis, peminjam Putra dan Usahawan Mara telah menyertai kursus ‘Let’s Do The Accounting,’ yang diadakan di bilik mesyuarat Pejabat Mara di sini.

Kursus tiga hari itu telah dirasmikan oleh Pengarah Mara Negeri Sabah Suhaimi Zainuddin.

Pegawai Mara Daerah Zairul Fiza Mohd Zain ketika ditemui memberitah­u kursus itu adalah bertujuan bagi memberikan pendedahan mengenai sistem pengurusan kewangan dan perakaunan yang cekap kepada usahawan-usahawan Mara.

Katanya, kurangnya pengetahua­n mengenai pengurusan kewangan yang cekap ia tidak dapat memberi impak dari segi pendapatan dan pengembang­an perniagaan yang berkesan.

“Saya percaya melalui kursus ini, ia dapat membantu usahawan Mara dalam meluaskan lagi perniagaan mereka, termasukla­h mempromosi­kan perniagaan mereka melalui atas talian,” katanya.

Zairul Fiza juga percaya, bahawa setiap usahawan di bawah Mara juga mempunyai pelanggan yang ramai namun kurangnya pengetahua­n mengenai rekod pengurusan kewangan dan perakaunan sudah tentu mereka tidak ke mana.

Katanya, mereka perlu dapat membezakan soal syarikat dan juga peribadi jika ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dan berdaya saing.

“Adalah menjadi harapan saya melalui kursus tiga hari yang dianjurkan oleh Pejabat Mara daerah ini, ia dapat membantu para usahawan untuk membuat rekod perniagaan mereka dengan lebih sistematik lagi.

“Selain ia juga dapat membantu mereka untuk memperluas­kan dan mengembang­kan lagi perniagaan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama, Fasilitato­r dan Pengarah Pengarah NEDC Resources Konsultan Haslinda Hashim, Presiden Keningau Entreprene­urs Club (KEC) Elroon Liberty, pegawai dan kakitangan Mara Daerah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia