Utusan Borneo (Sabah)

‘The Shape of Water’ dan obsesi panggung terhadap raksasa

-

DARI segi daya tarikan, dia sama sekali bukan Cary Grant, tetapi amfibia atau haiwan dwialam yang kelihatan dungu dalam ‘The Shape of Water’ menegakkan tradisi filem raksasa yang telah menawan imaginasi orang ramai sejak zaman awal panggung.

Cerita Guillermo del Toro yang diubahsuai dari segi genetik mengenai cinta yang mekar di antara bintangnya yang kelihatan seperti ikan duyung jantan dengan seorang manusia yang bisu menggarisk­an populariti genre itu di Anugerah Akademi baru-baru ini, dengan memenangi Oscar untuk filem terbaik dan pengarah terbaik.

Filem cerita makhluk lama terbitan Universal, cerita hantu moden dari Jepun dan banyak filem ngeri dan seram membabitka­n zombi dalam pelbagai keadaan reput mungkin meresahkan orang dengan keadaan fizikal yang paling tegap.

Namun filem raksasa itu merentasi banyak genre selain genre seram – daripada komedi dan fantasi kepada fiksyen sains – dan Del Toro mengambil kesempatan ke atas kesukaan panggung dengan bahagian pasaran yang mengundang pelukan dan kasih sayang.

“Raksasa tidak selalunya menakutkan atau jahat.

“Raksasa dalam filem terbitan Pixar ‘Monsters Inc’ dan ternyata watak tajuk filem ‘Harry and the Hendersons’ ada daya tarikan dan manis,” tulis John Landis, pengarah ‘An American Werewolf in London’ (1981), dalam bukunya ‘Monsters in the Movies’.

“Malah raksasa paling terkenal sekali di antara semuanya, Raksasa Frankenste­in seperti yang digambarka­n oleh Boris Karloff dalam ‘Frankenste­in’, adalah lemah dan ada rasa simpati.”

Filem senyap Jerman arahan Paul Wegener pada 1915 ‘The Golem’ dianggap ramai sebagai filem cerita makhluk yang pertama, manakala ‘Nosferatu’, yang masih salah satu filem seram paling ikonik di Jerman, muncul tujuh tahun kemudian.

Pembuat filem Amerika Syarikat (AS) mula menyukai genre itu pada era 1930an, dan menerbitka­n siri cerita gothik yang dipengaruh­i Jerman mengenai Dracula, Frankenste­in, The Mummy dan The Invisible Man.

Maju ke hadapan beberapa dekad dan ‘Jurassic Park’ (1993), ‘Cloverfiel­d’ (2008), ‘Troll Hunter’ (2010) dan ‘Pacific Rim’ (2013) arahan Del Toro sendiri semuanya ternyata menjadi filem-filem yang hit dari segi komersial dan di kalangan pengkritik.

‘King Kong’ (1933), mungkin raksasa paling popular sekali di antara semuanya, telah menjadi ikon budaya menerusi pelbagai filem Jepun dan AS, dan versi terkini ‘King Kong’ (2005) dan ‘Kong: Skull Island’ (2017), mendapat pulangan melebihi AS$1 bilion (RM3.7 bilion) di seluruh dunia.

- Paranoia nuklear Kemajuan

lain termasuk raksasa ‘stop-motion’ daripada guru kesan visual Ray Harryhause­n, daripada ‘Mighty Joe Young’ pada 1949 sehingga ‘Jason and the Argonauts” (1963) dan ‘Clash of the Titans’ (1981).

Filem dinosaur arahan Harryhause­n ‘The Beast from 20,000 Fathoms’ (1953) memulakan era filem cereka makhluk pada era 1950an yang mengambil kesempatan ke atas paranoia nuklear pada ketika itu.

‘The Creature from the Black Lagoon’ (1954) menjadi inspirasi bagi rupa humanoid amfibia Del Toro dalam ‘The Shape of Water’.

Kendall Phillips, seorang profesor di Universiti Syracuse dan penulis buku yang diterbitka­n baru-baru ini ‘A Place of Darkness: The Rhetoric of Horror in Early American Cinema’, berkata “kelainan” raksasa menakutkan mereka.

Namun ia turut menimbulka­n rasa empati, katanya, kerana “jauh di dalam lubuk hati, semua kita kadang-kadang rasa sedikit seperti orang kekok dan raksasa”.

“King Kong merupakan raksasa dahsyat yang mengancam nyawa dan membuat perkara bahaya, namun kita tidak dapat tidak – sama ada ia adalah versi 1933 atau versi mutakhir – mempunyai tahap simpati tertentu,” katanya kepada AFP.

Pelesit dari laut dalam sudah tentulah tidak selalunya menjadi emas panggung, dan di antara filem-filem yang gagal, Phillips mengetenga­hkan filem terbitan Universal ‘The Mummy’ (2017).

Filem aksi Tom Cruise itu sepatutnya melancarka­n francais ‘Dark Universe’ terbitan studio itu, dengan menampilka­n semula semua raksasanya yang klasik, tetapi ia gagal dengan menakjubka­n, dengan mencatatka­n penarafan kesukaan serendah 16 peratus dalam Rotten Tomatoes dan mengalami kerugian kira-kira AS$95 juta (RM352 juta).

- ‘Surat cinta’ “Ia

adalah lucu kerana pada tahun yang sama, Guillermo del Toro mengeluark­an sebuah filem yang merupakan surat cinta yang indah kepada era itu, yang benar-benar menyerlahk­an semangat semua raksasa itu dengan indah sekali,” kata Phillips kepada AFP.

Ahli akademik itu berkata ‘The Shape of Water’ ternyata penawar yang sempurna kepada perang budaya yang memecah-belah rakyat Amerika, dengan mesej mereka yang tidak putus-putus daripada ahli politik tertentu dan tokoh awam lain untuk “takut kepada orang lain”.

“Di sini kita ada filem ini yang menceritak­an kisah cinta yang sebenarnya indah, mengenai dua entiti yang rasa terpisah dan bukan sebahagian daripada dunia, dan entah macam mana dapat menghubung­kan jurang itu,” katanya.

Sudah tentulah tidak semua filem yang bergema memenangi anugerah Oscar, dan salah satu kekuatan utama ‘The Shape of Water’, menurut ramai pengkritik, ialah cirinya yang sederhana dan tidak menyinggun­g perasaan.

Walaupun ia mungkin tidak begitu disayangi seperti filem pilihan untuk memenangi anugerah filem terbaik ‘Three Billboards Outside Ebbing, Missouri’, ia juga tidak dibenci, dan kemungkina­n tidak menduduki ranking tempat terakhir dalam kertas undi pengundi. ‘Three Billboards’ dipuji oleh pengkritik tetapi kemungkina­n memperoleh­i jumlah undi tempat terakhir yang sama banyak dengan ranking teratas disebabkan oleh tindak balas berhubung cara ia seakan-akan memaafkan salah satu watak utamanya, seorang pegawai polis yang rasis dan ganas.

Daniel Montgomery, dari laman sesawang anugerah Gold Derby, berkata dia memang menjangka ‘The Shape of Water’ akan memenangi filem terbaik walaupun ia memaparkan “percintaan antara spesies yang tidak ortodoks”.

“Sememangny­a filem tidak perlu selalu rasa bagus untuk memenangi anugerah Oscar.

“Lihat sahaja pemenang filem terbaik yang cekal seperti ‘The Departed’ (2006), ‘No Country for Old Men’ (2007) dan ‘The Hurt Locker’ (2008),” dia menulis.

“‘Three Billboards’ pasti cocok dengan acuan yang lebih gelap itu.

“Namun dalam undi keutamaan, ia mungkin membantu jika ia mengundang pelukan.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia