Utusan Borneo (Sabah)

Katalina doktor pakar dan artis Sabah

-

NAMANYA mungkin kurang dikenali sebagai artis di Sabah. Namun siapa menyangka Dr Katalina, 28, adalah seorang artis Sabah yang berjaya menempah nama dalam bidang lakonan dan nyanyian di Kuala Lumpur.

Beliau turut berlakon dalam drama ‘Dan Calonnya…..2’ 30 episod bersama Aaron Aziz, Zara Zya dan lain-lain dalam tahun 2015 dan drama bersiri ‘Lara Aishah’ 100 episod keluaran Astro Prima bersama barisan pelakon Fasha Sandha, Dian P. Ramlee, Dato Ezlan Yusoff pada 2016 dengan memegang watak Cik Adila.

Selain itu, drama bersiri 100 episod ‘Dendam Aurora’ bersama Nabila Huda,Tengku Ismail pada tahun 2017 dan filem ‘Makrifat Cinta’ bersama Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish.

Katalina berasal dari Sandakan dan melanjutka­n pelajaran kedoktoran di Kursk State Medical University, Russia. Beliau juga mengikuti bidang perubatan estetik dengan American Academy Of Aesthetic Medicine dan membuka pusat rawatannya sendiri iaitu Katalina Medispa di Kuala Lumpur dan dijangka akan membuka satu lagi pusat baharu di Kota Kinabalu yang akan beroperasi awal April depan.

Selain berlakon, Katalina berbakat menjadi seorang komposer lagu dan menyanyi. Beliau sudah menerbitka­n single lagu pertama bertajuk ‘Kan Terjadi’ diedarkan Warner Music pada 2016.

Single lagu kedua beliau dijangka terbit pertengaha­n tahun ini. Katalina juga pernah mendapat tawaran berlakon iklan seperti Mee Sedap, Yunnam Hair Care, True Fitness dan banyak lagi. Memandangk­an beliau kini dikenali sebagai artis seiring dengan nama besar, kini ramai pelanggan terdiri rakan artis mengunjung­i Katalina Medispa yang terletak di Desa Melawati, Kuala Lumpur untuk rawatan kecantikan.

Di masa lapang, Katalina menghabisk­an masa di gym dan menunggang kuda. Boleh mengikuti perkembang­an di laman aplikasi Instagram @ drkatalina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia