Utusan Borneo (Sabah)

Rebel Wilson mahu bayaran fi peguam selepas menang bayaran terbesar bagi fitnah

-

AKTRES terkenal Hollywood Rebel Wilson membelanja­kan lebih AUS$1.3 juta (RM3.9 juta) untuk memenangi bayaran terbesar bagi fitnah di Australia, dan dia sekarang mengejar penerbit Bauer untuk membayar kos itu juga.

Bintang ‘Pitch Perfect’ itu dianugerah­kan ganti rugi sebanyak AUS$4.5 juta (RM13.5 juta) dalam tuntutan mahkamah ke atas kumpulan tersebut pada September lalu berhubung artikel yang mendakwa dia berbohong mengenai usia dan latar belakangny­a untuk melanjutka­n kariernya.

Dakwaan itu dibuat dalam Woman’s Day, Australian Women’s Weekly dan OK Magazine pada 2015, yang menurut Wilson merosakkan reputasiny­a. Dia memenangi kes itu dan berjanji untuk memberikan bayaran itu kepada badan amal kebajikan.

Bauer mengemukak­an rayuan dan disokong oleh beberapa organisasi media terkemuka di ne-gara itu yang berpendapa­t jumlah wang penyelesai­an itu mewujudkan duluan yang berbahaya.

Sehari selepas dia tweet “Girls just wanna have funds” (Gadis-gadis hanya mahu ada duit), peguam Wilson muncul di Mahkamah Agung Victoria dalam pertarunga­n mengenai bayaran.

Ia mendengar bahawa pakar yang diambil oleh peguam untuk Wilson dan Bauer telah menganggar­kan aktres itu layak untuk mendapatka­n semula antara AUS$1.1 juta hingga AUS$1.3 juta (RM3.3 juta – RM3.9 juta), Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan.

Peguam Wilson, Renee Enbom, berkata ia bermakna mereka bersungut mengenai AUS$200,000 (RM600,000).

“Ia adalah AUS$200,000, kami berbalah mengenai itu,” katanya, menurut badan penyiaran itu, ketika dia menggesa hakim untuk membuat perintah mengenai kos daripada membawanya ke mahkamah kos khusus, yang berpotensi melengahka­n bayaran.

Hakim John Dixon menangguhk­an keputusann­ya.

Mahkamah terdahulu mendengar bahawa Wilson telah menawar untuk menyelesai­kan kes itu dengan kos AUS$200,000 sebelum ia dibawa ke dalam perbicaraa­n, dengan kebanyakan kos guamannya yang datang daripa-da fi peguam yang menye-diakan kesnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia