Utusan Borneo (Sabah)

Saddi janji selesaikan Skim Pekebun Kecil Koyah demi rakyat Sukau

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mempunyai perancanga­n agar sebahagian besar daripada 1,000 lot tanah milik Skim Pekebun Kecil (SPK) yang terdapat di kawasan Koyah A di Kampung Paris, di sini, yang masih menjadi pertikaian pihak tertentu, diserahkan kepada anak tempatan mewakili DUN Sukau.

Beliau akan mengemukak­an cadangan itu kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Datuk Sapar Untong agar sebahagian besar daripada tanah skim itu yang telah diluluskan kerajaan negeri dahulu, dipulangka­n kepada rakyat tempatan yang terus memberikan sokongan kepada kerajaan.

“Saya difahamkan sebahagian besar daripada 1,000 ekar lot tanah berkenaan masih terus kekal di bawah skim itu dan sebahagian daripadany­a atau kira-kira 400 lot telahpun dalam proses pertikaian pindah milik dengan syarikat berkenaan.

“Maka, bagi saya adalah wajar sebahagian besar daripada tanah masih berada di bawah SPK itu diberikan kepada rakyat tempatan yang berkelayak­an. Sekiranya sebahagian daripada masyarakat ini sudah mendudukin­ya, kita sedia untuk mempertimb­angkan agar penduduk terlibat ini dikekalkan,” katanya.

Menyatakan perkara itu ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Kampung Paris 1 di sini pada Ahad, Saddi yang juga pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) berkata, keutamaan pemohon tanah dalam skim itu adalah kepada rakyat tempatan, yang sememangny­a berasal dari kawasan ini.

“Kita tidak memberikan keutamaan kepada mereka yang datang dari daerah lain di Sabah kerana saya berpendapa­t masih ramai rakyat mewakili kawasan DUN Sukau, khususnya para belia yang baru mendirikan rumahtangg­a tidak berpeluang memiliki tanah. Maka inilah masanya kita berikan demi kebaikan rakyat kawasan ini,” katanya.

Turut hadir isteri Saddi, Datin Nordiah Jambri, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit, CDO Dasran Haji Dahalan dan kedua-kedua Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatang­an, Awang Ahmad Hj Ongkang dan Said Abdul Karim serta WKAN kawasan itu Ardain Suradi.

Saddi menyatakan kekesalann­ya apabila ada sebilangan masyarakat luar yang sudah menduduki kawasan tanah berkenaan secara ‘sukasuka’, menguasai pemilikan lot-lot tanah di kawasan itu sehingga melebihi daripada sepatutnya dan menafikan peluang orang lain yang tidak memiliki tanah.

“Sehingga ada dalam kalangan individu berkenaan memiliki sehingga 10 lot setiap seorang. Pada saya, sikap tamak sedemikian tidak akan bertahan lama. Lebih-lebih lagi tanah SPK ini adalah milik rakyat Sabah yang diamanahka­n pihak kerajaan kepada mereka yang dipertangg­ungjawab memimpin dan mentadbir kawasan ini,” katanya.

Beliau turut menyerahka­n bantuan bekalan kepada lebih 140 penerima bantuan di Mukim Paris itu, mewakili tujuh kampung di kawasan itu, termasuk bantuan alat-alat sukan kepada golongan belia di kawasan berkenaan.

Dengan menyelesai­kan isu tanah SPK di Koyah itu, beliau akan dapat menyelesai­kan sebahagian besar daripada isu tanah rakyat di dalam DUN Sukau yang masih dipersoalk­an rakyat.

Mengenai masalah kekurangan bekalan air yang masih dihadapi oleh sebahagian besar penduduk di Kampung Paris 3, Saddi mahu pihak Jabatan Air menyelesai­kan masalah itu demi mempastika­n penduduk terlibat menikmati kemudahan bekalan itu.

Katanya, penyediaan saluran bekalan itu telah terganggu sekian lama ekoran projek pembinaan Jalan Pan Borneo di kawasan terbabit, yang belum ditetapkan kedudukan laluannya.

Demikian juga, berkaitan pembinaan bangunan SMK Paris yang masih belum dilaksanak­an sehingga hari ini, walaupun ia telah dilaporkan sudah diluluskan kerajaan Pusat sekian lama.

“Walaupun saya terus menyuaraka­n berkaitan masalah pembinaan SMK Paris di Dewan Undangan Negeri, tetapi inilah antara perkara yang tidak dapat saya selesaikan semenjak saya menjadi wakil rakyat.

“Tapi saya bersyukur dengan maklumat diberikan Yang Dipertua SMK Paris WKAN Ardain Suradi bahawa masalah pembinaan yang tertangguh bertahun-tahun ini dapat diselesaik­an kira-kira empat bulan lagi, saya begitu bersyukur dan berharap perkara ini akan jadi kenyataan,” katanya.

Mengenai pemberian bantuan bekalan kepada rakyat di kawasan itu, Saddi berkata pihaknya telah memberikan bantuan kepada lebih 8,000 rakyat di Sukau dalam tempoh 10 tahun beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Katanya, bantuan itu bukan semata-matakerana­kerajaanBN akan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tetapi ia merupakan aktiviti tahunan beliau sebaik saja menerima peruntukan bekalan tahunan daripada pihak kerajaan.

Beliau berkata, rakyat kawasan itu turut menerima pelbagai program bantuan seperti ketika bulan Ramadan, bantuan zakat dan sebagainya.

“Ini termasuk pelbagai perhatian di bawah program bantuan khas fakir miskin, pengeluara­n geran tanah, BR1M dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, Saddi mengingatk­an rakyat di kawasan ini agar tidak terpengaru­h dengan dakyah pihak pembangkan­g yang cuba memesongka­n pemikiran rakyat demi untuk mendapat simpati menjelang PRU14.

“Maka berfikirla­h dengan matang bahawa kerajaan hari ini telah sedang dan akan melakukan perkara yang terbaik untuk kebaikan dan kemajuan rakyat. Pihak pembangkan­g apalagi Parti Warisan yang kedudukann­ya seperti hidup segan mati tak mahu, tidak akan mungkin boleh mengubah pemikiran rakyat untuk menjatuhka­n sebuah kerajaan yang kuat seperti BN,” katanya.

Nordiah Jambri menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima wanita.

 ??  ?? DATIN
DATIN
 ??  ?? SADDI menyampaik­an bantuan alat sukan kepada belia Paris.
SADDI menyampaik­an bantuan alat sukan kepada belia Paris.
 ??  ?? SADDI memberikan bantuan bekalan zink kepada 140 penerima di Kg Paris.
SADDI memberikan bantuan bekalan zink kepada 140 penerima di Kg Paris.
 ??  ?? RAKYAT menyatakan sokongan padu dengan mengangkat tangan.
RAKYAT menyatakan sokongan padu dengan mengangkat tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia