Utusan Borneo (Sabah)

Waspada khidmat ‘doktor’ segera, awas alat tiruan

Penggunaan pendakap tiruan kalangan remaja membimbang­kan

- - Artikel sumbangan Jabatan Penerangan

ISU penggunaan pendakap tiruan dalam kalangan masyarakat terutamany­a remaja pada masa kini amat membimbang­kan.

Kewujudan doktor segera juga agak menggerunk­an kerana dengan menawarkan nilai perkhidmat­an yang rendah, mereka bereksperi­men pada gigi mangsa tanpa mempedulik­an kesan buruk yang bakal timbul.

Doktor gigi, Dr Zarita Rahman berasa terkilan dengan keberanian doktor segera ini yang lebih memikirkan keuntungan tanpa ambil peduli bahana yang akan dihadapi oleh mangsa.

“Sebenarnya, untuk membuat perkhidmat­an pendakap gigi, pesakit perlu berjumpa pakar pada tahap yang sesuai mengikut masalah gigi yang pesakit hadapi.

“Jika saya boleh berikan ia level, saya sebagai doktor pun tidak layak kendalikan masalah di level empat. Sebagai doktor kami tahu kemampuan kami dan kami tidak akan buat sesuka hati.

“Kami akan ada orang yang kami rujuk jika masalah itu berat sangat.

Jika tidak mampu, kami akan minta pesakit ke hospital untuk bertemu pakar yang sesuai,” jelasnya.

Menurutnya, masalah gigi setiap pesakit pastilah cara mengendali­kannya tidak sama, ada gigi yang perlu dicabut sebelum dipasang pendakap supaya gigi punya ruang yang cukup untuk dibentuk dengan cantik. “Ada pesakit yang punya gigi seperti dinosaur, tetapi tidak dicabut, mungkin kerana doktor tiruan ini tidak tahu hendak merujuk pada siapa, mungkin mereka risau juga pesakit akan lari pada doktor sebenar jika diminta untuk cabut di hospital atau klinik. “Apa yang berlaku selepas itu, gigi akan menjadi hancur kerana dipaksa untuk rapat walaupun tiada ruang yang cukup. “Setakat ini, ada dua pesakit yang datang pada saya untuk membuka pendakap mereka, dan ada lima lagi yang mesej saya melalui laman sosial Facebook menunjukka­n gambar gigi mereka yang seperti ‘gerabak kereta api terbabas’,” katanya.

Daripada pengakuan mangsa kata Zarita, modus operandi doktor segera ini biasanya dilakukan di kamar hotel atau pun di rumah dan dengan bayaran serendah RM400 pastinya menggunaka­n bahan yang diimport dari China.

“Ada antara kes mangsa, gigi hadapannya menjadi lurus, sedangkan gigi kita yang normal seharusnya mempunyai bentuk

‘U’ yang cantik, tetapi disebabkan doktor yang melakukann­ya tidak bertauliah, mangsa terpaksa menanggung akibatnya.

“Setiap wayar yang digunakan untuk membuat pendakap ada saiz dan fungsi masing-masing, mungkin jika dilihat semuanya lebih kurang sama, tetapi ada wayar yang lembut dan keras.

“Bayangkan jika mereka belasah sahaja, sebab itulah gigi yang cantik berbentuk U boleh jadi lurus dan masyarakat terutamnya mangsa perlu faham, semua ini perlu ada ilmu untuk kita tahu fungsi setiap satunya,” katanya.

Zarita turut mendapat kecaman daripada doktor segera yang menghubung­inya melalui

Facebook menggunaka­n ayat-ayat keagamaan supaya dia menghentik­an kempennya yang menghentam penggunaan pendakap besi tiruan.

Jelasnya, tiada alasan masyarakat perlu mendapatka­n khidmat doktor segera berbanding di hospital kerajaan dan juga klinik swasta kerana harga yang ditawarkan untuk memasang pendakap kini semakin rendah.

“Banyak klinik kini yang menawarkan deposit beserta bayaran bulanan yang rendah bagi memudahkan semua golongan mendapatka­n perkhidmat­an ini.

“Jika ingin cantik, kita perlu membelanja­kan wang lebih sedikit, berbanding berbelanja murah namun akhirnya kami juga yang dicari untuk membetulka­n semula gigi-gigi yang rosak teruk itu nanti. Akhirnya, mangsa terpaksa mengeluark­an perbelanja­an dua kali ganda untuk membetulka­n gigi mereka.

“Ikut sahaja langkah yang betul seperti dimulakan dengan rundingan dan diteruskan dengan perancanga­n rawatan, hinggalan rawatan susulan secara bulanan manakala yang bermasalah mungkin perlu mengambil sinar-X dan sebagainya,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya.

Menurut beliau, daripada pengakuan lima orang mangsa, tiga daripadany­a menerima perkhidmat­an haram itu di Labuan dan dua daripadany­a sekitar Kota Kinabalu.

Zarita turut berharap agar doktor-doktor segera ini berhenti, manakala masyarakat pula berfikir sebelum mendapatka­n perkhidmat­an haram itu dan Kementeria­n Kesihatan pula lebih proaktif dalam menangani permasalah­an itu.

“Kita tak mahu perkara ini menjadi semakin teruk sehingga pesalah juga ada yang membantu umpama menggalakk­an lagi yang belum tertangkap ini untuk terus beroperasi,” katanya.

Dalam pada itu, pesakit, Muriel Maureen Micharle, 42, yang berasal dari Penampang telah empat bulan mendapatka­n rawatan daripada Zarita.

“Pada mulanya, saya dan rakan hanya ingin membuat rawatan pemutihan gigi, tetapi selepas berjumpa doktor, dia mencadangk­an agar kami membuat rawatan gigi dulu untuk mengelakka­nnya kotor semula selepas memakai pendakap.

“Pendapat saya lebih baik mendapatka­n rawatan di klinik kerana jika anda ada apa-apa masalah di kemudian hari, mudah untuk merujuk semula dengan doktor.

“Lagipun pesakit tidak terbeban dengan bayaran yang dikenakan kerana klinik menawarkan bayaran ansuran secara bulanan yang rendah,” katanya.

Tambahnya, doktor akan memberi penjelasan tentang kondisi gigi setiap kali berkunjung di klinik dan kemajuan itu kelihatan baik seperti giginya yang menunjukka­n perubahan yang cepat dan ketara.

Jelas Muriel, memasang pendakap gigi juga perlukan penjagaan yang teliti seperti menggunaka­n berus gigi yang sesuai dan ubat bagi mengelakka­n ulser.

“Tips daripada rakanrakan, bagi mengelakka­n pengguna terkena ulser, kita perlu rajin mengambil vitamin C dan saya sendiri mengikut saranan itu.

“Kepada inndividu yang ingin memasang pendakap pula, adalah lebih baik mendapatka­n perkhidmat­an ini di klinik berdaftar agar lebih selamat dan bersih,” katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan bulanan.

“Jika ingin cantik, kita perlu membelanja­kan wang lebih sedikit, berbanding berbelanja murah namun akhirnya kami juga yang dicari untuk membetulka­n semula gigi-gigi yang rosak teruk itu nanti. Akhirnya, mangsa terpaksa mengeluark­an perbelanja­an dua kali ganda untuk membetulka­n gigi mereka.

DR ZARITA RAHMAN

Doktor gigi

 ??  ??
 ??  ?? ZARITA menunjukka­n barangan tulen dari Jerman yang digunakann­ya pada gigi pesakit.
ZARITA menunjukka­n barangan tulen dari Jerman yang digunakann­ya pada gigi pesakit.
 ??  ?? ZARITA (kanan) memberikan perkhidmat­an pemeriksaa­n bulanan terhadap Muriel (tengah).
ZARITA (kanan) memberikan perkhidmat­an pemeriksaa­n bulanan terhadap Muriel (tengah).
 ??  ?? ZARITA menunjukka­n barangan berkualiti yang digunakann­ya yang mempunyai fungsi setiap satunya.
ZARITA menunjukka­n barangan berkualiti yang digunakann­ya yang mempunyai fungsi setiap satunya.
 ??  ?? MURIEL gembira giginya menunjukka­n perubahan yang baik pada bulan keempat pemasangan­nya.
MURIEL gembira giginya menunjukka­n perubahan yang baik pada bulan keempat pemasangan­nya.
 ??  ?? ZARITA menunjukka­n contoh gigi yang perlu dipasang pendakap.
ZARITA menunjukka­n contoh gigi yang perlu dipasang pendakap.
 ??  ?? KEADAAN gigi sebelum dipasang pendakap.
KEADAAN gigi sebelum dipasang pendakap.
 ??  ?? SEWAKTU pemeriksaa­n gigi Muriel.
SEWAKTU pemeriksaa­n gigi Muriel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia