Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga memerlukan di Kg Melayu Bumiputera diziarah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tanjung Papat Wong Chee Kiat dan Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Major Datuk Lim Ming Hoo bersama Ketua Pemuda LDP Sandakan Tsang Hieng Yee telah menziarahi beberapa keluarga yang memerlukan di Kampung Melayu Bumiputera.

Mereka melakukan ziarah itu bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Program ziarah itu menjangkau penerima sumbangan terdiri daripada golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan juga orang yang kurang berkemampu­an.

Raymond yang juga Adun Tanjung Papat telah memberikan sumbangan tiga kerusi roda untuk meringkank­an beban warga emas yang sudah tidak berupaya untuk berjalan lagi.

Antara penerima sumbangan kerusi roda ialah Jamaliah Abd Kadir, 74, seorang warga emas yang terlantar akibat menghidap kanser payudara sejak beberapa tahun yang lalu.

Seterusnya, Abdul Aras Sidik, 72, yang tinggal di Jambatan 8 serta Norsiah Sulaiman, 67, di Jambatan 23, masing-masing menerima sebuah kerusi roda.

Selain itu, bantuan makanan tambahan juga telah diberikan kepada Abdillah @Etin Nuaim, 82, di Jambatan 9, Kampung Melayu Bumiputera.

Menurut Lim, sumbangan kerusi roda yang telah disampaika­n diharap dapat meringanka­n beban yang ditanggung oleh golongan berkenaan.

Turut hadir semasa program ziarah di Kampung Melayu Bumiputera itu ialah Pegawai Perhubunga­n Pejabat Tanjung Papat Datuk Henry Hung, Ahli Majlis Perbandara­n Sandakan Ang Lian Hook dan ahli LDP yang lain.

 ??  ?? WONG (dua kiri), Henry (empat kiri) dan Lim (empat kanan) bersama penerima sumbangan kerusi roda.
WONG (dua kiri), Henry (empat kiri) dan Lim (empat kanan) bersama penerima sumbangan kerusi roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia