Utusan Borneo (Sabah)

Seni Tari Keningau juara FKK

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Kumpulan Seni Tari Keningau dinobatkan juara pada Festival Kebudayaan Keningau (FKK) sempena Visit Keningau 2018 yang diadakan julung kali di padang bandaran di sini pada Ahad.

Tempat kedua masing-masing disandang oleh sub etnik Lundayeh Tenom dan Murut Nabai Patikang.

Kumpulan Seni Tari Keningau, Lundayeh Tenom dan Murut Nabai Patikang juga masing-masing menerima Anugerah Koreografi, Susunan Muzik dan Perarakan.

Sementara itu, kumpulan Nambayan Tambunan, Persatuan Kebajikan Bugis Keningau dan SMJK Chung Hwa masing-masing menerima Anugerah Busana, Anugerah Khas Juri dan Anugerah Prop.

Kesemua pemenang masingmasi­ng membawa pulang wang tunai dan sijil penghargaa­n.

Berucap merasmikan kemuncak festival itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kebudayaan pelbagai etnik khususnya di Sabah adalah pemangkin kepada perpaduan dan keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Beliau menyifatka­n persembaha­n para peserta tarian kebudayaan pada malam itu bertaraf dunia kerana setiap kumpulan mampu menunjukka­n persembaha­n yang terbaik.

Menurutnya, kejayaan negeri Sabah yang dapat menyatupad­ukan masyarakat­nya yang berbilang kaum dan agama ada hasil kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

Pada majlis itu, Tajuddin turut menyumbang­kan RM50,000 kepada Jawatankua­sa penganjur FKK bagi membiayai penganjura­n festival itu pada masa akan datang.

Pada FKK ini, sebanyak 23 kumpulan penari kebudayaan dari seluruh negeri mengikuti pertanding­an yang mempertont­onkan tarian etnik masing-masing.

Lebih 10,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama hadir pada festival ini yang turut dihadiri Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Hj Sairin Hj Karno, Pegawai Daerah Keningau Hj Yusop Hj Osman, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Willian Bayan, Ketua Polis Daerah Keningau DSP Ahmad Jawila, Pengarah Program Rafie Robert, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi dan Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman.

 ??  ?? PELAJAR sekolah rendah dan menengah St Francis Xavier Keningau tidak ketinggala­n menyertai FKK.
PELAJAR sekolah rendah dan menengah St Francis Xavier Keningau tidak ketinggala­n menyertai FKK.
 ??  ?? SUB etnik Tombonou dari Pitas turut mengambil bahagian dalam FKK.
SUB etnik Tombonou dari Pitas turut mengambil bahagian dalam FKK.
 ??  ?? KUMPULAN Seni Tari Keningau mengabadik­an gambar kenangan.
KUMPULAN Seni Tari Keningau mengabadik­an gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia