Utusan Borneo (Sabah)

SMK Pamol juara baharu

Tewaskan SMK Beluran pada Kejohanan Olahraga MSSD Beluran kali ke-32, 2018

- Oleh SALMAN ABADI (depan empat kanan) bersama (dari kiri) Jasni, Abdullahsh­ip, Mohd Nor Ridzwan dan Malik bergambar kenangan bersama penerima anugerah olahragawa­n/wati.

BELURAN: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol muncul juara baharu keseluruha­n pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah peringkat daerah (MSSD) Beluran kali ke-32 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan di sini, Khamis lalu.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (Sub-Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dan dikelolaka­n bersama oleh SMK Pamol dan Zon Pamol, Beluran.

SMK Pamol menjulang kejuaraan tahun ini menewaskan pencabar tradisi dan juara tiga tahun berturut-turut iaitu SMK Beluran dengan kejayaan cemerlang meraih 51 pingat menerusi kutipan 24 pingat emas (E), 14 perak (P) dan 13 gangsa (G), selain membolot empat anugerah individu untuk olahragawa­n dan olahragawa­ti.

Juara 2015 -2017, kontinjen SMK Beluran terpaksa berpuashat­i sebagai naib johan keseluruha­n apabila masih gagal mempertaha­nkan kejuaraan dengan pencapaian 52 pingat dengan memenangi 17E, 18P dan 17G.

Tempat ketiga kekal disandang oleh kontinjen SMK Simpangan (Paitan) yang bukan sahaja mencatat lonjakan prestasi berbanding tahun lalu, tetapi juga turut mencipta beberapa kejutan pada kejohanan kali

Cheng (kiri) memecahkan rekod 14 tahun rejam lembing bergambar kenangan bersama pengetua SMK Pamol, Mohd Nor Ridzwan Abdullah.

ini dengan meraih 36 pingat keseluruha­n.

SMK Simpangan memenangi 11E, 15P dan 10G, sekaligus mengenepik­an cabaran dua lagi sekolah lain yang menyertai kejohanan tersebut iaitu SMK Beluran II di tempat keempat (6E, 9P & 10G), manakala SMK Terusan Sugut (1P, 3G) dan SMK Balaban Jaya (1G) menduduki tempat ke-5 dan ke-6 daripada enam kontinjen bertand- ing bagi kategori sekolah

menengah (bawah 15 dan 18 tahun).

Sementara itu, anugerah atlet terbaik lelaki bawah 18 tahun, atlet SMK Pamol, Jamslee Cheng dinobatkan sebagai olahragawa­n selepas meraih emas dan mencipta rekod baharu kejohanan melalui acara merejam lembing, perak acara 4X400m dan gangsa lontar peluru. Jamslee yang juga pemain bola sepak MSS Sabah tahun lalu, muncul satu-satunya atlet yang berjaya mencipta rekod baharu merejam lembing dengan catatan 43.36m, sekali gus memadam rekod lama 43.15m yang dicipta 14 tahun lalu (2004).

Pelari pecut SMK Pamol, Rosie Olvina Antis yang meraih dua pingat emas dan tiga perak, dinobatkan sebagai olahragawa­ti kategori perempuan bawah 18 tahun dengan meraih pingat emas bagi acara 100m dan 200m serta perak bagi acara 1,500m, 4X100m dan 4X400m.

Kejayaan ini menyerlahk­an bakat dan potensi besar para atlet SMK Pamol yang terletak jauh di luar bandar dan pedalaman.

Bagi kategori bawah 15 tahun, olahragawa­n disandang oleh Kennely Vance Kifly juga dari SMK Pamol yang menonjol sebagai atlet harapan dengan pencapaian dua pingat emas dalam acara lompat jauh dan lompat kijang.

Rakan sepasukan Kennely, Angelina Mensi juga dari SMK Pamol, muncul penerima anugerah olahragawa­ti perempuan bawah 15 tahun dengan menangi dua pingat emas (200m dan 400m) dan tiga perak menerusi acara 800m, 4X100m dan 4X400m.

Bagi kategori Sekolah Rendah (bawah 12 tahun), kontinjen Zon Pamol mengekalka­n kejuaraan yang dimenangi tahun lalu dengan mengumpul 11 pingat apabila memenangi 6E, 2P dan 3G.

Zon Pamol yang menjuarai kejohanan itu untuk kali kedua, melibatkan gabungan lapan buah sekolah iaitu SK Pamol, SK Botition, SK Basai Baru, SK Nangoh, SK Perancanga­n, SK Tagas-Tagas, SK Ladang Sabapalm dan SK Monopod.

Naib johan keseluruha­n disandang oleh kontinjen Zon Paitan dengan kutipan 13 pingat keseluruha­n iaitu dengan pencapaian 5E, 4P dan 4G, manakala Zon Pekan menduduki tempat ketiga dengan meraih 2E dan 6P.

Lima kontinjen (Zon) menyertai kejohanan termasukla­h Zon Labuk (2E, 2P, 3G) dan Zon Sugut (1E, 1P, 5G), manakala Zon Ladang dan Zon Laut/Pulau tidak dapat menyertai kejohanan itu.

Anugerah olahragawa­n lelaki bawah 12 tahun disandang oleh Renddy Jumran dari Zon Paitan yang meraih dua emas melalui acara 200m dan lompat tinggi serta perak bagi acara 4X100m dan 4X200m.

Anugerah olahragawa­ti dinobatkan kepada atlet Zon Pamol, Anjivenny Chris Agustin yang juga olahragawa­ti tahun lalu (2017) dengan pencapaian cemerlang membolot empat pingat emas melalui acara 100m, lompat tinggi, 4X100m dan 4X200m.

Penyelia Sukan PPD Beluran, Malik Tajim berkata, kejohanan dua hari itu disertai lebih 300 peserta/atlet yang mewakili enam sekolah menengah dan 46 sekolah rendah di daerah Beluran yang dibahagika­n kepada tujuh (7) zon.

Katanya, selain melaksanak­an aktiviti sukan dan kokurikulu­m, kejohanan itu bertujuan memilih atlet terbaik untuk mewakili MSSD Beluran ke Kejohanan Olahraga Kali Ke-50 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada 19 – 25 Mac ini.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Haji Abd. Hassan menyempurn­akan perasmian penutupan kejohanan itu.

Terdahulu, Soje mengetuai lebih 600 peserta yang terdiri daripada para atlet dan guruguru mengadakan larian obor Jubli Emas MSS Sabah (19682018) mengelilin­gi trek

di Kompleks Sukan Beluran.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Kejohanan itu yang juga Pengetua SMK Pamol Mohd. Nor Ridzwan Abdullah, Ketua Unit UPK PPD Beluran Abdullahsh­ip Abd. Wahid, Pengetua SMK Beluran Nor Aslam Mano Abdullah dan para pengetua dan guru-guru besar serta Penolong Kanan Kokurikulu­m (PKK) SMK Pamol, Jasni Galdan dan para PKK sekolah daerah Beluran.

Turut hadir ialah mantan Ahli Parlimen Beluran Asmat Nungka, pengurus Kompleks Sukan Beluran Living Masini dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar (MGB) daerah Beluran, Kasiman Haji Wiro yang juga Guru Besar SK Nangoh, Beluran.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyerahan bendera kejohanan MSSD Beluran kepada pengetua SMK Beluran, Nor Aslam Mano selaku pengelola kejoMSSD hanan Beluran kali ketahun 33 de(2019). pan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JAMSLEE SOJE
JAMSLEE SOJE
 ??  ?? KONTINJEN SMK Pamol muncul juara baharu keseluruha­n MSSD Beluran 2018 bergambar kenangan bersama Soje, (belakang, tengah), Mohd. Nor Ridzwan, Malik dan Jasni Galdan.
KONTINJEN SMK Pamol muncul juara baharu keseluruha­n MSSD Beluran 2018 bergambar kenangan bersama Soje, (belakang, tengah), Mohd. Nor Ridzwan, Malik dan Jasni Galdan.
 ??  ?? SOJE (tujuh kiri) mengetuai larian obor Juli Emas MSS Sabah selepas menyempurn­akan perasmian penutupan kejohanan itu.
SOJE (tujuh kiri) mengetuai larian obor Juli Emas MSS Sabah selepas menyempurn­akan perasmian penutupan kejohanan itu.
 ??  ?? SOJE menyampaik­an hadiah olahragawa­ti P18, Rosie Olvina Antis (SMK Pamol).
SOJE menyampaik­an hadiah olahragawa­ti P18, Rosie Olvina Antis (SMK Pamol).
 ??  ?? AKSI menarik atlet 4X400m SMK Pamol, Beluran.
AKSI menarik atlet 4X400m SMK Pamol, Beluran.
 ??  ?? AKSI acara akhir 200m lelaki bawah 15 tahun.
AKSI acara akhir 200m lelaki bawah 15 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia