Utusan Borneo (Sabah)

Lewandowsk­i catat hatrik belasah Hamburg

-

BERLIN, Jerman: Robert Lewandowsk­i menjaringk­an hatrik ketika Bayern Munich membelasah Hamburg 6-0 dalam aksi Bundesliga Jerman Sabtu lepas.

Kemenangan meletakkan Bayern menghampir­i kejuaraan liga – kali keenam berturut-turut – sebelum akhir bulan Mac dan menambah masalah ke atas Hamburg, yang kini 13 perlawanan berturuttu­rut tanpa kemenangan.

“Kami bermain dengan sangat baik hari ini. Prestasi dan keputusan adalah sangat penting bagi kami,” kata jurulatih Bayern, Jupp Heynckes, dengan pasukan beliau akan ke Besiktas pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga JuaraJuara dan memiliki kelebihan 5-0 dari kemenangan pada perlawanan pertama.

Dengan baki lapan perlawanan, Bayern memiliki kelebihan 20 mata dari pencabar terdekat, Schalke, yang menang 1-0 di Mainz pada perlawanan hari Jumaat.

“Ia tidak kira jika kami berada 10, 15 atau 20 mata di hadapan, kami perlu terus melangkah dalam Bundesliga,” kata pemain sayapnya, Arjen Robben. “Kami tidak dapat hanya memberi fokus kepada Liga Juara-Juara.”

Bayern sudah membiasaka­n diri menang besar di tempat sendiri ketika menentang Hamburg sejak beberapa tahun yang lalu dan mereka membuka jaringan seawal minit kelapan apabila Franck Ribery mengelecek penjaga gol Christian Mathenia sebelum merembat bola ke pintu gol.

Empat minit kemudian, Lewandowsk­i menanduk hantaran lintang Joshua Kimmich untuk menambah jaringan dan menjaringk­an gol kedua peribadi pada minit ke-19 dari umpanan Jerome Boateng

Robben menjaringk­an gol keempat Bayern pada minit ke-55 sebelum beliau menjadikan kedudukan 5-0 dengan gol solo pada minit ke-88.

Lewandowsk­i melihat hatrik beliau kelihatan berkecai apabila tendangan penaltinya pada minit ke-85 terkena palang tetapi menyempurn­akan satu lagi tendangan penalti pada minit kecederaan untuk melengkapk­an hatrik dan jaringan pasukan.

Hatrik itu bermakna beliau sudah menjaringk­an 100 gol dalam Bundesliga bersama Bayern dan kini penjaring terbanyak kelab untuk pemain asing dengan 142 gol dari 182 gol dalam semua pertanding­an.

Beliau mengatasi Giovane Elber dari Brazil, yang bermain untuk Bayern dari 1997 hingga 2003. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia